Posts

Showing posts from November, 2011

KERTAS KERJA

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI TANAH MELAYU Oleh: Kassim Thukiman Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Bahru Rohaya A. Razak Institut Pendidikan Guru Malaysia KampusTemenggong Ibrahim Johor Bahru Pengenalan Dalam bidang ilmu pengetahuan, orang Melayu telah mencapai tamadun yang tinggi. Pencapaian ini ditandai dengan kesungguhan orang-orang Melayu untuk menuntut ilmu. Hal ini tentunya dikaitkan dengan agama Islam yang dianuti oleh orang Melayu yang menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu pengetahuan. Pada peringkat awal, proses pembelajaran berlaku di masjid, surau dan madrasah. Proses pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran al-Quran. Namun begitu, kepentingan ilmu pengetahuan telah menyebabkan wujudnya sistem pendidikan yang dibangunkan secara beransur-ansur. Sistem pendidikan ini mula dikesan di Patani yang mengasaskan sistem pendidikan pondok. Sistem ini berkembang ke selatan termasuklah Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengg