UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI


UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI
hadith ke 19 : Tentang Peristiwa Akhir Zaman

Ertinya:
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".
H.R. Muslim
Keterangan
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup" orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. 

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru "carahidup" Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka. umat Islam mengikuti jejak mereka dalam asperk ekonomi, sosial, hiburan, politik, perubatanbahkan cara berfikir pun diikutinya. 

kita mesti ingat bahawa yahudi dan Nasrani tidak akan senang duduk selagi kita tiada ikut jejak langkah mereka, mereka akan berusaha menawarkan kehidupan yang palsu dalam gambaran seolah olah itulah kehidupan terbaik dan kebenaran 

Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa

Comments

Popular posts from this blog

80% PELAJAR TAMAT TAHFIZ TIADA SPM? BETUL KE