Saturday, March 30, 2013

KEHIDUPAN HARIAN IMAM ASY - SYAFI'I - siri 2



sambungan : Kehidupan Harian Imam Syafi'i

4.   Percakapan
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata: ”Tidak pernah aku bersumpah dengan nama Allah, baik dalam hal yang benar apa lagi bohong.”
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. pernah ditanya tentang satu masalah lalu ia diam. Kemudian ditanya lagi: ”Mengapa tuan tidak menjawab? Semuga Allah merahmati tuan.” Maka beliau menjawab: ”Aku berfikir sehingga aku mengetahui mana yang lebih baik pada diamku atau jawabku.”
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata:
    ~ ”Tidaklah sekali-kali aku bertukar fikiran dengan seseorang dengan
         seseorang dengan tujuan bahawa aku lebih suka ia salah.
    ~ Tidaklah sekali-kali aku berkata dengan seseorang selain aku menyukai
        supaya ia mendapat taufiq, kebenaran, pertolongan dan pimpinan dari
        Allah Taala serta pemeliharaanNya.
    ~ Tidaklah sekali-kali aku berbicara dengan seseorang selain perhatianku
        supaya kebenaran diterangkan Allah dengan lidahku atau lidahnya.
    ~ Tidaklah aku kemukakan kebenaran dan keterangan kepada seseorang,
        lalu diterimanya daripada aku, melainkan aku takut kepadanya dan aku
        percaya kasih sayangnya. Sebaliknya kalau orang menyombong diri
        dengan aku terhadap kebenaran dan menolak keterangan maka
        jatuhlah orang itu dari pandanganku dan aku menolak berhadapan
        dengan dia.”

5.   Pendengaran
  • Ahmad bin Yahya Al-Wazir berkata: ”Pada suatu hari keluarlah Imam Asy-Shafi’i r.a.  pergi ke kedai lampu dan kami ikuti beliau dari belakang. Tiba-tiba ada orang yang membodohkan beliau. Maka Imam Asy-Shafi’i r.a.  menoleh kepada kami dan berkata: ”Bersihkan pendengaranmu mendengar kata-kata keji seperti membersihkan lidahmu dari mengucapkannya. Sesungguhnya yang mendengar sama dengan yang berkata. Orang yang lemah fikiran, melihat kepada barang yang sangat buruk di dalam wadahnya. Maka ia berusaha menuangkannya ke dalam wadahmu. Kalau ditolak perkataan orang yang lemah fikiran itu, maka akan berbahagialah yang menolaknya, sebagaimana akan celakalah yang mengatakannya.”

6.   Kekayaan harta dan Kemurahan hati
  • Al-Hamidi r.a. berkata: ” Imam Asy-Shafi’i r.a. pergi ke Yaman bersama beberapa orang pembesar negeri. Lalu ia berangkat ke Mekah dengan membawa wang 10 ribu Dirham. Di luar kota Mekah, beliau telah membina tempat tinggalnya. Ramai yang datang melawat beliau. Beliau terus tinggal di situ sehinggalah habis wang dibahagi-bahagikannya.”
  • Pada suatu masa, Imam Asy-Shafi’i r.a.  keluar dari bilik mandi awam, lalu diberikannya wang yang banyak kepada penjaga bilik mandi tersebut. Pada suatu ketika tongkatnya jatuh dari tangannya lalu diserahkan tongkatnya oleh seorang hamba Allah. Sebagai tanda terima kasih beliau kepada orang tersebut, Imam Asy-Shafi’i r.a. telah memberikannya wang 50 dinar.

7.   Ilmu
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata: ”Seorang ahli falsafah menulis surat kepada seorang ahli falsafah lain. Di antara isi suratnya: ”Engkau telah mendapat ilmu. Maka janganlah engkau kotorkan ilmumu itu dengan kegelapan dosa. Nanti engkau akan tinggal dalam kegelapan pada hari ahli ilmu bekerja dengan cahaya ilmunya.” 
  • Ditanya kepada Imam Asy-Shafi’i r.a.: ”Bilakah seorang itu dipandang alim? Ia menjawab: ”Apabila ia yakin pada sesuatu ilmu lalu diajarinya ilmu itu. Kemudian ia menempuh ilmu-ilmu yang lain, maka dilihatnya, mana yang belum diperolehinya. Ketika itu, barulah ia seorang alim.”
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata: ”Aku ingin manusia mengambil manfaat dari ilmu ini dan ilmu-ilmu lain yang ada padaku meskipun sedikit.”
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata: ”Adalah cita-citaku pada 2 perkara:
    ~ Memanah; dan
    ~ Ilmu.”
  • Imam Ahmad berkata: “Imam Asy-Shafi’i r.a. adalah orang yang paling alim berhubung dengan kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Tiada siapa pun yang memegang di tangannya tinta dan pena, melainkan terhutang kepada Imam Asy-Shafi’i r.a..”
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata: “Menuntut ilmu lebih afdhal dari sembahyang sunat.”
kita bagaimana pula... jauh lagi nampaknya.... moga ada manfaatnya

Thursday, March 28, 2013

KEHIDUPAN HARIAN IMAM ASY-SHAFI'I



KEHIDUPAN HARIAN IMAM ASY-SHAFI’I R.A

Kehidupan harian orang besar seperti Imam Asy-Shafi’i r.a. adalah penting dan perlu kita ketahui dan hayati. Dengan mengkaji latarbelakang insan mulia ini, dapatlah kita menilai keperibadian diri kita sendiri dengan cerminnya Imam Besar ini. Kita akan menjadi insan yang berilmu dan berdisiplin kerana Imam Asy-Shafi’i r.a. mengutamakan ilmu dan disiplin dalam kehidupan hariannya.
Persoalannya, siapa Imam Asy-Shafi’i r.a.? Apa yang dilakukannya setiap hari selama hidupnya 54 tahun? Bagaimana beliau amat dihormati dan dicontohi sehingga sekarang walau beliau tiada lagi 1200 tahun yang lalu?
Nama sebenar Imam Asy-Shafi’i r.a. ialah Al-Imam Abi Abdullah Muhammad bin Idris As-Shafei. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah di Gazah (daerah yang diduduki Israel sekarang). Beliau seorang anak yatim hidup dalam kemiskinan bersama ibunya setelah ayahnya meninggal dunia semasa beliau berumur dua tahun.
Kelebihan semasa kecilnya ialah sangat cerdik, segera dapat hafalan apa yang ia dengar. Ketika umur 9 tahun, Imam Asy-Shafi’i r.a. telahpun dapat menghafal al-Quran. Manakala beliau berumur 15 tahun, beliau telah diizinkan oleh Mufti Mekah ketika itu iaitu Muslim bin Khalid al-Zinji untuk mengeluarkan fatwa.
Imam Asy-Shafi’i r.a. wafat di Mesir dalam keadaan syahid kerana ilmu pada akhir Rejab, hari Jumaat tahun 204H. Beliau syahid disebabkan dipukul sehingga bengkak oleh Asyhab, seorang faqih Mazhab Maliki ketika sama-sama berbahas. Beliau dipukul di dahi dengan anak kunci lalu jatuh sakit beberapa hari lamanya sehingga meninggal dunia. Asyhab berdoa dalam sujudnya, “Ya Allah matikanlah Syafi’i, kalau tidak hilanglah ilmu Malik.” Menurut cerita yang masyhur pula, Imam Asy-Shafi’i r.a. dipukul oleh dua orang pemuda Maghribi.
Apa yang dilakukannya setiap hari selama hidupnya 54 tahun? Bagaimana beliau amat dihormati dan dicontohi sehingga sekarang walau beliau tiada lagi 1200 tahun yang lalu?


1.   Masa
  • Imam Al-ghazali r.a. berkata: “Imam Asy-Shafi’i r.a. membahagikan malam dengan 3 bahagian:
    ~ Sepertiga untuk ilmu;
    ~ Sepertiga untuk ibadah; dan
    ~ Sepertiga untuk tidur."

2.   Al-Qur'an
  • Ar-Rabi’ r.a. berkata: “Imam Asy-Shafi’i r.a. mengkhatamkan Al-Qur’an 60 kali dalam solat di bulan Ramadhan.”
  • Al-Hasan Al-Karabisi r.a.: “Aku bermalam bersama Imam Asy-Shafi’i r.a.  bukan satu malam. Ia melakukan solat hampir 1/3 malam. Tidak aku lihat dia melebihkan dari 50 ayat. Sesakali ia baca lebih 100 ayat. Apabila ia membaca Ayat Rahmat lalu berdoa kepada Allah Taala untuk dirinya sendiri dan untuk sekalian muslimin dan mu’minin. Apabila ia membaca Ayat Azab lalu memohonkan perlindungan dan kelepasan daripadanya untuk dirinya dan untuk orang mu’minin. Seakan-akan ia mengumpulkan harapan dan bersama dengan takut."

3.   Makan
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata: ”Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun. Ini kerana kekenyangan itu menyebabkan 5 perkara:
    ~ memberatkan tubuh;
    ~ mengesatkan hati;
    ~ menghilangkan cerdik;
    ~ menarik tidur; dan
    ~ melemahkan untuk beribadah.”


anda bagaimana..., tidak kira mazhab apa pun anda, wajar kita ambil iktibar ulama besar islam sebagai kayu ukur pencapaian penghayatan beragama kita. moga ada manfaat.

BERSAMBUNG ..... keluaran akan datang

Wednesday, March 27, 2013

SEMPURNAKAH SYUKUR KITA ?


MEMAKNAI SYUKUR
Bersyukur ialah : pengi’tirafan atau penerimaan suatu ihsan atau kebaikan. Seperti kita berkata : “Aku bersyukur kepada ALLAH” atau “Aku bersyukur atas segala nikmat dan kurnia ALLAH.” Bersyukur seumpama memuji, namun memuji itu lebih umum sifatnya dari bersyukur, kerana kita biasanya memuji seseorang itu atas sifat-sifatnya yang baik lagi mulia, tetapi kita tidak bersyukur kecuali atas perbuatan seseorang.


Dari segi bahasa, asal penggunaan perkataan ‘syukur’ ialah : Wujudnya kesan pemakanan dalam tubuh haiwan, maka ‘syakur’ pada haiwan ialah : Bahan makanan sedikit yang mencukupinya, atau bahan makanan sedikit yang menggemukkannya. Dari pengertian ini, jelaslah bahawa syukur itu ialah : Wujudnya kesan nikmat ilahiyat atas diri seorang hamba yang beriman; tercetus dari lidahnya pujian dan sanjungan dan pada dirinya peribadatan dan ketaatan. Sedikit nikmat yang diterimanya mencetuskan kesyukuran yang melimpah. Apatah lagi jika dianugerahkan nikmat yang ruah.


Syukur adalah suatu syu’bah dari syu’bah-syu’bah iman. Sifat-sifat yang tercetus dari syu’bah ini ialah seperti : sabar, redha, taubah, berserah, berharap, taqwa, khusyu’, ihsan, ibadah dan yang seumpamanya.


Syu’bah-syu’bah ini, sekalipun kesemuanya adalah dari cabang-cabang iman dan ia adalah kesan zahir dan batin dalam diri seseorang insan yang beriman, namun ia berbeza antara satu dengan yang lain. Sebahagian dari syu’bah-syu’bah ini berfungsi sebagai unsur amali bagi ‘syukur’, sementara sebahagian yang lain bertindak sebagai unsur amali bagi ‘sabar’.


Dalam hal ini, kitab suci Al-Quran telah membuat perbandingan antara ‘syukur’ dan ‘sabar’ ini di beberapa tempat. Antaranya firman ALLAH ‘Azzawajalla dalam surah Ibrahim ayat 5 :
”Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan ALLAH bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.”


Maka bersyukur atas nikmat, digambarkan dengan sabar atas kesusahan.


Dalam sebuah hadiths yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim radiALLAHuanhu, Rasulullah SallALLAHualaihiwasalam telah bersabda:
”Amat menghairankan sekali keadaan orang mukmin itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mukmin itu belaka, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran- yakni yang merupakan bencana- iapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya.”


Dalam beberapa syu’bah, syukur dan sabar ini saling bertimbal. Ada kalanya syukur itu lebih umum sifatnya dari sabar, begitu pula sebaliknya dalam syu’bah yang lain. Contoh yang menunjukkan bahawa syukur itu lebih umum sifatnya ialah atas perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh ALLAH ‘Azzawajalla yang memerlukan kesabaran, maka seorang mukmin mensyukuri Tuhannya atas apa yang diturunkanNYA dalam bentuk kesusahan lantas ia bersabar. Kesyukurannya itu berdasarkan keimanannya yang padu bahawa ALLAH ‘Azzawajalla amat Bijaksana dan amat Penyayang.


Jelasnya ialah setiap sesuatu yang memerlukan kesabaran seorang mukmin, maka kesyukuran ada bersamanya. Di sini menunjukkan, kesyukuran lebih umum sifatnya dari kesabaran.


Dan syukur itu salah satu dari sifat-sifat ALLAH ‘Azzawajalla. Sebelum para hambaNYA diarahkan bersifat dengan sifat tersebut, IA telah mengkhabarkan kepada mereka bahawa syukur itu salah satu dari sifat kesempurnaanNYA. Salah satu dari namaNYA dalam “Al-Asmaul Husna” ialah “Asysyakuur”, tidak pernah mengabaikan amalan seorang hamba dan tidak pernah menganiayai dan menzalimi hamba, bahkan mengganjarinya dengan ganjaran yang berlipat ganda atas setiap amalan yang baik tetapi atas tiap amalan yang buruk, seorang hamba itu tidak pernah dibalas melainkan berdasarkan amalan buruk yang dilakukannya, bahkan jika hamba yang bersalah itu bertaubat, maka ALLAH ‘Azzawajalla adalah amat Pengampun dan amat Penerima taubat.


Firman ALLAH ‘Azzawajalla :
“Apa gunanya ALLAH menyiksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNYA) serta kamu beriman (kepadaNYA)? Dan (ingatlah) ALLAH sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNYA), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).”
Surah An-Nisa’ ayat 147


Dan firmanNYA lagi :
”Kalau kamu memberi pinjaman kepada ALLAH, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya ALLAH akan melipatgandakan balasanNYA kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan ALLAH sangat-sangat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).”
Surah At-Taghaabun ayat 17


Dan bersyukur ini juga adalah dari akhlak pada Nabi. Merekalah yang pertama mengambil dan melaksanakan sifat ilahiyat ini, sebagaimana firman ALLAH ‘Azzawajalla tentang Nabi Nuh Alaihisalam :
”Sesungguhnya ia (Nuh) adalah seorang hamba yang banyak bersyukur.”
Surah Al-Israa’ ayat 3


Begitu juga firmanNYA tentang Nabi Ibrahim Alaihisalam :
”Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan ‘satu umat’ (walaupun ia seorang diri), ia taat sepenuhnya kepada ALLAH, lagi berdiri teguh diatas dasar tauhid, dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik.”
Surah An-Nahl ayat 120


Juga firmanNYA tentang Nabi Sulaiman Alaihisalam :
”Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak disisinya, berkatalah ia : “Ini adalah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenang nikmat pemberianNYA.”
Surah An-Naml 40


Dan Nabi Muhammad SallALLAHualaihiwasalam adalah yang paling banyak bersyukur. Baginda telah melaksanakan kewajipan ini dengan sebaik-baiknya, bertepatan dengan firman ALLAH ‘Azzawajalla :
”(Janganlah menyembah yang lain dari ALLAH) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menyembah ALLAH semata-mata, dan hendaklah engkau termasuk orang-orang yang bersyukur.”
Surah Az-Zumar ayat 66


Al-Iman Bukhari dan Al-Iman Muslim telah meriwayatkan dari Sayyidatina ‘Aisyah radiALLAHuanha bermaksud :
”Dari ‘Aisyah radiALLAHuanha bahawasanya Rasulullah SallALLAHualaihiwasalam berdiri untuk beribadat dari sebahagian waktu malam sehingga pecah-pecahlah kedua tapak kakinya. Saya (‘Aisyah) lalu berkata kepadanya : “Mengapa Tuan berbuat demikian ya Rasulullah, sedangkan ALLAH telah mengampunkan segala dosa-dosa Tuan yang telah lalu dan yang kemudian?” Rasulullah bersabda : “Adakah aku tidak senang untuk menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur?


Inilah Nabi yang tidak ada sesiapapun mendahului ilmunya di kalangan manusia tentang pengertian nikmat dan mensyukurinya dengan hati, lidah dan anggota.


Dan syukur juga adalah dari akhlak orang-orang mukmin. Ini kerana iman telah mendidik mereka bahawa diri mereka dan semua yang mereka miliki adalah kepunyaan ALLAH. Semua nikmat yang mereka rasai adalah semata-mata anugerah ALLAH ‘Azzawajalla, jadi bagaimana mereka tidak akan bersyukur? Dan mereka juga telah dididik bahawa apabila mereka mensyukuri ALLAH sebenarnya adalah untuk diri mereka sendiri, kerana kebaikannya akan kembali kepada mereka; sementara ALLAH adalah Maha Kaya dari semua yang mereka lakukan.


Firman ALLAH ‘Azzawajalla :
”Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah KAMI berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada ALLAH, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNYA.”
Surah Al-Baqarah ayat 172


Dan firmanNYA lagi :
”Dan sesungguhnya KAMI telah memberi kepada Luqman hikmat kebijaksanaan, (serta KAMI perintahkan kepadanya) : “Bersyukurlah kepada ALLAH (akan segala nikmatNYA kepadamu).” Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada ALLAH), kerana sesungguhnya ALLAH Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
Surah Luqman ayat 12


Walaupun syukur itu adalah budaya para Nabi dan orang-orang mukmin, tetapi di kalangan kebanyakkan manusia rasa syukur atas segala nikmat dan pemberian yang telah ALLAH berikan kepada mereka amat sedikit. Ini telah dijelaskan oleh ALLAH ‘Azzawajalla disalah satu firmanNYA :
”Dan sesungguhnya KAMI telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”
Surah Al-A’raf ayat 10


Dan firmanNYA lagi :
”Dan DIAlah juga yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”
Surah Al-Mu’minun ayat 78


Dan firmanNYA lagi :
“Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKU yang bersyukur.”
Surah Saba’ ayat 13


Andaikata seluruh manusia punya rasa kesyukuran atas segala nikmat yang ALLAH beri, nescaya manusia zaman inilah seharusnya yang paling banyak bersyukur, berbanding dengan manusia yang hidup terdahulu dari mereka.


Kalau kita hendak bandingkan kemudahan, kesenangan, kemajuan ilmu yang cukup pesat dari pelbagai bidang yang dikecapi oleh manusia zaman ini, mereka adalah cukup beruntung jika dibandingkan dengan zaman datuk nenek dan manusia yang terdahulu daripada mereka.


Dan sesungguhnya kedudukan generasi hari ini amat berat di hadapan ALLAH ‘Azzawajalla jika tidak rasa syukur terhadap Tuhan yang telah menganugerahkan ke atas mereka semua nikmat ini, ataupun jika rasa syukur mereka tidak setimpal dengan nikmat yang mereka kecapi. Amat tepatlah firman ALLAH ‘Azzawajalla :
”Sesungguhnya ALLAH sentiasa melimpah-limpah kurniaNYA kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakkan manusia tidak bersyukur.”
Surah Al-Baqarah ayat 243


Maka mensyukuri nikmat bererti mengingatinya dan menyebarkannya. Sementara mengkufurinya bererti menidakkannya dan menyembunyikannya.


ALLAH ‘Azzawajalla berfirman :
”Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada ALLAH), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah.”
Surah An-Naml ayat 40


Dan firmanNYA lagi :
”Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNYA itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNYA); dan IA tidak redha hamba-hambaNYA berkeadaan kufur; dan jika kami bersyukur, IA meredhainya menjadi sifat dan amalan kamu.”
Surah Az-Zumar ayat 7

Sebab-sebab seorang itu mengukufuri nikmat ALLAH itu amat banyak. Antaranya sifat lalai dan leka, atau menganggap bahawa semua nikmat yang diperolehinya itu tiada hubungan langsung dengan ALLAH ‘Azzawajalla. Hal seperti ini pernah digambarkan oleh ALLAH ‘Azzawajalla ketika mengkhabarkan tentang kisah Qarun, sewaktu kaumnya mengingatkannya bahawa apa yang diperolehinya itu adalah dari ALLAH. Lantas hendaklah ia berbuat baik sebagaimana ALLAH telah berlaku baik terhadapnya. Tetapi jawapannya adalah amat menyedihkan; sebagaimana yang difirmankan oleh ALLAH ‘Azzawajalla :
”Qarun menjawab (dengan sombongnya) : “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku.”
Surah Al-Qasas ayat 78


Demikianlah, sesungguhnya memahami sesuatu konsep dalam Islam adalah penting; dan memahami kepentingan syukur itu sendiri pastinya menjadikan seorang mukmin itu dapat menjalani kehidupannya di bumi ALLAH ini dengan lebih sempurna.


Firman ALLAH ‘Azzawajalla :
”Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu adalah ia dari ALLAH.”
Surah An-Nahl ayat 53


Nukilan indah oleh :
Ustaz Mokson Bin Mahori,
Mudir Madrasah Al-Junied Al-Islamiah, Singapura.



ALLAHu a'lam bisawab.

Tuesday, March 26, 2013

PELUANG MENJADI MISKIN DAN MELARAT


AMALAN YANG BOLEH MEMBAWA KEPAPAAN

Sumbangan : roziyahs@townplan.gov.my


1.   Tidur di dalam keadaan bertelanjang (yakni tidak memakai apa-apa).
2.  
Makan dan minum di dalam keadaan berjunub (belum mandi junub).
3.  
Memudahkan setiap makanan yang tumpah di atas saprah.
4.  
Bakar kulit bawang merah dan putih.
5.  
Berjalan di hadapan orang tua-tua tanpa menghormatinya.
6.  
Menyapu sampah pada waktu malam.
7.  
Memanggil kedua ibu bapa dengan nama masing-masing .
8.  
Membiarkan sampah di dalam rumah (berselerak).
9.  
Bersegera keluar dari masjid selepas daripada sembahyang subuh
      berjemaah.
10. Pagi-pagi duduk di kedai (pergi awal-awal) dan pulang dari kedai
      lambat-lambat (semua jenis kedai).
11.
Membiarkan bekas-bekas hidangan sentiasa terbuka.
12.
Menghembus setiap api dengan mulut.
13.
Menyikat rambut dengan sikat yang patah.
14.
Ibu bapa yang mendoakan anak-anaknya dengan kecelakaan.
15.
Tidak mendoakan kedua ibu bapa dengan kebajikan.
16.
Memakai serban dalam keadaan duduk.
17.
Makan sesuatu dalam keadaan dalam tidur mengiring.
18.
Mencolek gigi dengan segala jenis kayu (selain kayu dibenarkan).
19.
Basuh kedua tangan dengan segala jenis selut dan tanah (dengan
      sengaja dan tidak ada sebab).
20. Duduk dibendul (muka pintu rumah).
21.
Mengambil air sembahyang (wuduk) di dalam tandas.
22.
Menjahit kain yang koyak di atas tubuh sendiri.
23.
Membiarkan rumah bersawang dan bersarang labah-labah.
24.
Bakhil,kikir dan kedekut.

Sumber: Kitab Pelita Penuntut ;
Terjemahan daripada kitab Taklimul Taklim Thariqul Muta'alim.
Garapan Syeikh Mohd Shafei Bin Abdullah Alfatahami,muka surat 56

kenyataan ini mungkin ada bersangkut dengan adat dan budaya masyarakat setempat

PERGINYA SEORANG TOKOH ILMUAN : AL FATIHAH



KUALA LUMPUR 26 Mac - Tokoh Maal Hijrah 2005 yang juga pakar dalam bidang pemikiran Islam, Dr. Uthman El-Muhammady meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 malam tadi di kediamannya di Persiaran Duta di sini.

Menurut anaknya, Ahmad El-Muhammady, 35, bapanya meninggal dunia disebabkan penyakit jantung yang dihidapi sejak hampir setahun lalu.

Beliau berkata, bapanya sedang membaca di bilik bacaan sebelum ibunya menyedari Allahyarham tidak menunjukkan tindak balas ketika sedang berehat.

Allahyarham meninggalkan balu, Mariam Hussein, 65, serta 12 anak berusia antara 20 hingga 40-an.

Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dan dijangka dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam UIA hari ini. - UTUSAN

Saya agak lama tidak menghadiri program ilmiyyah beliau secara live, kali terakhior semasa program di Johor dan saya memandu beliau dari airport ke JB.. al Fatihah. moga anak anak muda sekarang segigih beliau dalam menuntut ilmu dan mengembangkannya.

Monday, March 25, 2013

HATI YANG MATI


Jangan biarkan hatimu mati
  
“Diantara tanda-tanda matinya hati adalah jika anda tidak merasa susah ketika kehilangan keselarasan taat kepada Allah, dan tidak menyesali perbuatan dosa anda.”

Hati yang mati disebabkan oleh berbagai penyakit kronis yang menimpanya. Manakala hati seseorang tidak sehat, maka hati tentu sedang terserang penyakit-penyakit hati. Penyakit hati itu begitu banyak yang terkumpul dalam organisasi Al-Madzmumat, dengan platform gerakan yang penuh dengan ketercelaan dan kehinaan, seperti takabur, ujub, riya’, hubbuddunya, kufur, syirik, dan sifat-sifat tercela lainnya. Ketika sikap-sikap mazmumat ini dihadapan pada kepentingan Allah, maka akan muncul tiga hal :

Manusia semakin lari dari Allah, atau dia justru memanfaatkan simbol-simbol Allah untuk kepentingan hawa nafsunya, atau yang terakhir dia dibuka hatinya oleh Allah melalui HidayahNya.

Ibnu Ajibah menyimpulkan dari al-Hikam di atas, bahwa kematian hati (qalbu) karena tiga hal :

1. Mencintai dunia,
2. Alpa dari mengingat Allah,
3. Membiarkan dirinya bergelimang maksiat.

Sebaliknya faktor yang menyebabkan hati hidup, juga ada tiga :

1. Zuhud dari dunia
2. Sibuk dizikrullah
3. Bersahabat dengan Kekasih-kekasih Allah

Sedangkan tanda-tanda kematian hati juga ada tiga:
1.    Jika anda tidak merasa susah ketika kehilangan keselarasan taat kepada Allah.
2.    Tidak menyesali dosa-dosanya.
3.    Bersahabat dengan manusia-manusia yang lupa pada Allah yang hatinya sudah mati. 

BAGAIMANAKAH KITA HARI INI, tapuk dada tanya hati masing masing, jika sudah tiada respon... buruk tandanya. marilah kita bersatu menghidupkan hati.

Wednesday, March 20, 2013

MENEGUR ORANG TUA YANG TIDAK SOLAT




Sebenarnya pangkal dari permasalahan seseorang mahu mengerjakan shalat atau tidak, terletak pada pemahaman, keyakinan dan kesedarannya. Jika seseorang tidak memahami akan pentingnya shalat, kedudukan shalat dalam Islam, dan hal-hal lain yang berkenaan tentang itu, memang susah bagi seseorang untuk menjalankan shalat, karena memang secara mata kasar, shalat tidak mendatangkan laba. para pendakwah perlu mengajak melalui pelbagai cara:

Pertama: Ajaklah orang tua untuk berbicara dengan baik-baik, tanpa mereka merasa diajari oleh anaknya. Sampaikan kepada mereka tentang status agama yang disandang, yaitu sebagai orang Islam(muslim). Dimana sebagai seorang muslim harus menjalankan kewajiban-kewajiban yang telah di tetapkan oleh Allah Swt. termasuk kewajiban itu adalah shalat lima waktu dalam sehari semalam, sebagaimana firman Allah Swt: 


وأقيموا الصلاة وآتوا الزكاة واركعوا مع الراكعين (البقرة: 43


Laksanakan shalat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk (QS. Al-Baqoroh:43)

Dan dalam sabda Rasulullah Saw: Islam dibangun di atas lima perkara, mengucapkan dua kalimat syahadat, menegakkan shalat (lima kali sehari semalam), membayar zakat, puasa bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang mampu (HR. Bukhori dan Muslim)
Bahkan shalat adalah merupakan batas pembeda antara seseorang dengan kekafiran, apabila batas itu hilang, maka tidak ada jarak lagi antara dia dengan kekafiran, sebagaimana sabda Rasulullah Saw: 



بين الرجل والكفر ترك الصلاة
Antara seseorang dengan kekafiran adalah shalat. 

Berdasarkan hadits inilah para ulama mengatakan bahwa seseorang yang dengan sengaja meninggalkan shalat, maka ia telah kafir. karena shalat merupakan benteng pembatas antara seseorang dengan kekafiran, selama shalat itu masih di kerjakan, maka ia terbentengi dari status kafir, namun jika shalat di tinggalkan, berarti sudah tidak ada lagi hijab antara dia dengan kekafiran, ia telah melebur dengan kekafiran itu.


Dan yang perlu diingatkan, bahwa tujuan hidup di dunia adalah untuk beribadah kepada Allah Swt, karena Dialah yang telah menciptkan kita dengan segala kenikmatan yang diberikannya, dan kehidupan dunia itu suatu saat akan fana, semua manusia akan dikembalikan kepada Tuhan mereka Allah Swt. Dan pertama kali amal ibadah yang akan di hisab kelak adalah tentang shalat. Sebagaimana dalam sabda Rasulullah Saw: 


أول ما يحاسب يوم القيامة الصلاة
Pertama kali yang akan di hisab nanti pada hari kiamat adalah tentang shalat. 

jika masih berdegil tidak mahu solat, usaha lagi, tunggulah azab Allaht

Monday, March 18, 2013

ESOTERIS DALAM ISLAM



PERCAMBAHAN ILMU.

Pengembaraan Rohani.
Tasawuf merupakan salah satu aspek (esoteris) Islam, sebagai perwujudan dari ihsan yang berarti kesedaran adanya komunikasi dan dialog langsung seorang hamba dengan tuhan-Nya. Esensi tasawuf sebenarnya telah ada sejak masa kehidupan rasulullah saw, namun tasawuf sebagai ilmu keislaman adalah hasil kebudayaan islam sebagaimana ilmu –ilmu keislaman lainnya seperti fiqih dan ilmu tauhid. Pada masa rasulullah belum dikenal istilah tasawuf, yang dikenal pada waktu itu hanyalah sebutan sahabat nabi.
Munculnya istilah tasawuf baru dimulai pada pertengahan abad III Hijriyyah oleh abu HasyimalKufi (w. 250 H.) dengan meletakkan al-Sufi dibelakang namanya. Dalam sejarah islam sebelum timbulnya aliran tasawuf, terlebih dahulu muncul aliran zuhud. Aliran zuhud timbul pada akhir abad I dan permulaan abad II Hijriyyah. Tulisan ini akan berusaha memberikan paparan tentang zuhud dilihat dari sisi sejarah mulai dari pertumbuhannya sampai dengan peralihannya ke tasawuf.
Tasawuf adalah orang” yang tertarik pada pengetahuan batin, orang” yang tertarik untuk menemukan suatu jalan atau praktik kea rah kesadaran dan pencerahan batin.

pada pandangan saya;
memandangkan ia termasuk ilmu spiritual, maka tidak semua orang boleh mendapatkan ilmunya. walaupun ramai berminat dengan ilmu kebatinan ini, namu ramai juga yang tersesat kerana Syaitan sentiasa menunggu kita lali dan menyesatkan kita.

PENYAKIT ROHANI MANUSIA



PENYAKIT ROHANI MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda kepada menantunya, Ali r.a. , " Wahai ‘Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya.

Penyakit bicara adalah bohong,
penyakit ilmu adalah lupa,
penyakit ibadah adalah riya’,
penyakit akhlaq mulia adalah kagum kepada diri sendiri,
penyakit berani adalah menyerang,
penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian,
penyakit tampan adalah sombong,
penyakit bangsawan adalah membanggakan diri,
penyakit malu adalah lemah,
penyakit mulia adalah menyombongkan diri,
penyakit kaya adalah kikir,
penyakit royal adalah hidup mewah, dan
penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan…."


Ketika berwasiat kepada ‘Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah SAW bersabda, "Wahai ‘Ali, orang yang riya’ itu punya tiga ciri, yaitu : rajin beribadah ketika dilihat orang, malas ketika sendirian dan ingin mendapat pujian dalam segala perkara. "

Wahai ‘Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdo’alah, " Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya, dan janganlah kata-katanya mengakibatkan siksaan bagiku…"

Ketika ditanya bagaimana cara mengobati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas’ud r.a berkata, " Dengarkanlah bacaan Al-Qur’an atau datanglah ke majelis-majelis dzikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah SWT Jika belum terobati juga, maka mintalah kepada Allah SWT hati yang lain, karena sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu

renung renungkan

Friday, March 15, 2013

SABARNYA DIA.....


KISAH KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
Ketinggian Kesabarannya

Kisah Satu
1.Sesungguhnya seorang anak lelaki Umar Abdul Aziz dengan isterinya Fatimah, suatu hari keluar bermain-main dengan kawan-kawannya. Tiba-tiba salah seorang dari mereka telah melukakan kepala anak Umar. Mereka yang melihat kejadian tersebut telah membawa anak Umar bersama-sama budak lelaki yang mencederakan kepalanya ke rumah Umar.

Berkebetulan pada masa itu, hanya Fatimah sahaja yang berada di rumah. Umar yang berada di rumah yang satu lagi bergegas pulang setelah mendengar bunyi riuh rendah di rumahnya.

Fatimah datang mendapatkan Umar bersama-sama anak lelakinya dan budak tersebut sambil berkata: “Lihatlah keadaan anak kita dan yang mencederakannya ini seorang anak yatim.”

 Umar bertanya: “Apakah dia diberi apa-apa bantuan untuk saraan hidupnya.” Jawab Fatimah: “Setahu saya, tidak.” Kata Umar: “Masukkan namanya dalam kalangan anak-anak yatim yang layak menerima bantuan.” Kata Fatimah: “Semoga Allah merahmati budak ini dan memeliharanya.”

Kisah Dua
2. Pada satu malam, Umar telah keluar bersama-sama dengan pengawalnya dan mereka telah masuk ke dalam sebuah masjid. Dalam kegelapan malam tersebut, tanpa disedari beliau telah terpijak seorang lelaki yang sedang tidur di dalam masjid tersebut semasa melintasinya. Lelaki tersebut mengangkat kepalanya dan berkata: “Gilakah engkau.” Jawab Umar: “Tidak”. Dalam masa yang sama, pengawalnya tadi meluru ke arah lelaki tersebut untuk memukulnya. Kata Umar: “Berhenti! Dia hanya menanyakan adakah aku ini gila?” Lalu jawabku: “Tidak”

Kisah Tiga
3. Ali bin Zaid meriwayatkan: “ Suatu ketika seorang lelaki telah mencaci Umar Abdul Aziz dengan kata-katanya. Lalu Umar pun berkata kepadanya: “Adakah engkau inginkan supaya syaitan mempengaruhi diriku dengan keagungan jawatanku, sehingga kelak aku akan melontarkan pelbagai cacian dan penghinaan terhadapmu ekoran daripada tindakanmu itu.” Tidak lama kemudian Umar pun memaafkannya.



KALAU KITALAH.. macamana sabar kita agaknya, sabar mudah dibayangkan tapi belum tentu dalam amalan. selamat bersabar

Thursday, March 14, 2013

MEMINTA IZIN



Petikan Riadus Salihin
Meminta Izin Dan Adab-adab Kesopanannya

Allah Ta'ala berfirman:

"Hai sekaiian orang-orang yang beriman, janganlah engkau semua memasuki rumah yang bukan rumahmu sendiri, sehingga engkau semua meminta izin dan mengucapkan salam kepada ahli rumah itu - yakni orang-orang yang ada di dalamnya."(an-Nur: 27)

Allah Ta'ala juga berfirman:

Jikalau anak-anakmu itu telah sampai ke umur dewasa, maka hendaklah mereka meminta izin -jikalau hendak masuk ke tempat-mu-sebagaimana meminta izinnya orang-orang yang dahulu tadi -yakni sebagaimana orang-orang dewasa yang Iain-Iain." (an-Nur: 59)

ulasan ;

Indahnya Islam, bagaimana Allah mengajar manusia erti menjaga maruah orang, Allah menutup aib manusia, sehingga urusan keluar masuk rumah dan bilik pun sudah diaturkan caranya. ini lah yang meletak kita semua sebagai orang yang tahu malu, dan bermaruah. jika kita suka aibkan orang cukupkah Islam kita?, jika kita tak jaga adab sopan cukup Islamkah kita?

manusia yang tahu malu adalah manusia yang bermaruah dan tahu erti harga diri ini lah yang gambaran keindahan Islam. lihatlah masyarakat hari ini, apakah sudah cukup Islam kita?, bagaimana kita nak terangkan kepada Allah nanti di Mahsyar.

BERSATU MENUTUP MALU