Posts

Showing posts from April, 2013

MENCARI PEMIMPIN BERAKAL DAN MAMPU BAWA PERUBAHAN TERBAIK

Image
Mencari pemimpin berakal, mampu bawa perubahan terbaik Pandangan IKIM BARANGKALI ketika ini, perbincangan berkaitan tentang pemimpin dan kepimpinan merupakan satu perkara yang sukar dicerna oleh fikiran. Ini kerana kebanyakan orang sibuk memikirkan tentang rancangan percutian hujung tahun, persediaan persekolahan anak-anak, azam tahun baharu serta tidak kurang juga yang malas untuk berfikir apa-apa. Namun, dalam kesibukan hujung tahun ini, elok juga kita ‘berehat’ sebentar daripada hal-hal peribadi dan mula memikirkan tentang pemimpin yang kita mahu untuk memimpin kita dan negara ini. Ibnu Khaldun pernah menyatakan bahawa “tabiat rakyat pada hakikatnya merupakan bayangan kepada tabiat atau amalan hidup yang dimiliki oleh pemimpin mereka." Dengan kenyataan ini, pastinya kita mahukan pemimpin yang beriman, baik, amanah, bekerja keras, rajin dan bijak berfikir serta kreatif. Ini kerana, sifat-sifat mulia yang ada pada pemimpin tersebut pada akhirnya akan tergambar

AKAL DAN NASFU

Image
Saidina Ali r.a. * Sifat pemarah adalah musuh utama akal.  * Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. * Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. * Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. Hamka * Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.  * Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya.  * Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang.  Luqman al-Hakim *Walaubagaimana alim pun seorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. dipetik dari http://zahra-al-jannah.blogspot.com

BEST MIND MANAGEMENT

Image
LATAR BELAKANG SYARIKAT PENUBUHAN SYARIKAT BEST MIND MANAGEMENT telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan telah ditubuhkan pada 1 April 2011. Ia merupakan sebuah syarikat 100% pemilikan oleh Bumiputera. Sejak penubuhannya, pelbagai kursus, seminar dan bengkel telah dianjurkan kepada umum. Best Mind Management wujud tepat ketika kerajaan dan masyarakat bumiputera sedang menumpukan kepada pembangunan Modal Insan yang bersepadu dalam menlahirkan warga negara yang berkauliti fizikal, spiritual, emosional dan mental. Aktiviti utama Best Mind Management lebih tertumpu kepada menjalankan program-program Hypnotherapy,Pembangunan Jiwa dan kendiri, motivasi dan kepimpinan, In-House Training , keibubapaan dan lain-lain pengurusan acara kepada remaja, belia, keluarga dan organisasi. LATAR BELAKANG SYARIKAT VISI SYARIKAT Membangun dan memantapkan potensi insan sebagai individu, khalifah, ahli organisasi, keluarga, masyarakat dan bangsa. MISI SYARIKAT

PENYAKIT ROHANI MANUSIA

Image
PENYAKIT ROHANI MANUSIA Rasulullah SAW bersabda kepada menantunya, Ali r.a. , " Wahai ‘Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya. Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riya’, penyakit akhlaq mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit berani adalah menyerang, penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian, penyakit tampan adalah sombong, penyakit bangsawan adalah membanggakan diri, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menyombongkan diri, penyakit kaya adalah kikir, penyakit royal adalah hidup mewah, dan penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan…." Ketika berwasiat kepada ‘Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah SAW bersabda, "Wahai ‘Ali, orang yang riya’ itu punya tiga ciri, yaitu : rajin beribadah ketika dilihat orang, malas ketika sendirian dan ingin mendapat pujian dalam segala perkara. " Wahai ‘Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdo’alah, " Ya Allah, jadikanlah

KEMAJUAN DAN KESEJAHTERAAN ZAMAN UMAIYYAH

Image
Kemajuan dan Kesejahteraan Kerajaan Umaiyah Dalam tempoh 2 tahun 5 bulan, kerajaan Umaiyyah semakin kuat, maju dan sejahtera di bawah pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz disebabkan oleh faktor-faktor berikut: 1.Tiada pemberontakan dalaman 2.Kurang berlaku penyelewengan 3.Rakyat mendapat layanan yang sewajarnya 4.Rakyat menjadi kaya-raya 5.Baitulmal penuh dengan harta zakat 6.Tiada rakyat yang mahu menerima zakat 7.Rakyat berdikari sendiri. Kemuncak kejayaannya ialah kegigihannya untuk membasmi kemiskinan rakyat yang telah mencapai hasil yang gilang gemilang. Hakikat ini pernah diakui oleh Yahya bin Said dengan katanya: “Umar telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk membahagi-bahagikan zakat penduduk di sana . Maka aku pun laksanakanlah perintah itu. Lalu aku carilah fakir-fakir miskin untuk kuberikan zakat kepada mereka. Tetapi  tiada seorangpun orang-orang yang mahu menerimanya. Umar betul-betul telah menjadikan rakyatnya kaya. Akhirnya, aku beli dengan zakat

TERAS PENGURUSAN UMAR ABDUL AZIZ

Image
Keluhuran Budi  Teras Pengurusan Terdapat banyak riwayat dan athar (pandangan) para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah : 1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa umar Al-Khatab telah berkata : “Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan” 2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : “Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah” 3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : “Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : “Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil”.” Lalu aku menanti-

CORETAN TELADAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ

Image
Pelantikan Khalifah Pernah dia menangis apabila sebaik sahaja diangkat sebagai khalifah hingga ditegur oleh isterinya. Dalam jawapannya Umar menegaskan: “Aku telah diangkat untuk mengurusi kepentingan umat Muhammad, maka terfikirlah olehku nasib orang-orang miskin yang kelaparan, orang sakit yang tersia-sia, orang bawahan yang berpakaian compang-camping, orang-orang yang tertindas dan teraniaya, orang-orang asing dan tawanan perang dan orang tua yang tidak kuat lagi bekerja. Dan aku tahu bahawa Tuhan akan menyoalku tentang mereka itu semua, maka aku khuatir kalau-kalau aku tidak dapat menjawab. Itulah sebabnya kau menangis.” Khutbah Nasihat Pada suatu hari beliau berkhutbah, antara isinya adalah seperti berikut ; “Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah.” “Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi ker

PENGURUSAN ZAMAN UMAR ABDUL AZIZ

Image
Perubahan Pengurusan Umar Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah pada hari Jumaat selepas solat Jumaat. Hari itu juga setelah solat asar, rakyat dapat merasai perubahan kebajikan khalifah baru ini. Setelah mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perubahan pengurusan dan pentadbiran kerajaan yang mementingkan misi memajukan rohani dan jasmani rakyat. Perubahan pengurusan itu antaranya;    Keadilan Keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Harta Rakyat Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum. Harta Keluarga Menyerahkan kembali harta ben

PENIKMAT BUKAN PEMILIK

Image
Nikmati sahaja segala pemberian ALLAH. Allah pemilik segala yang ada dilangit dan bumi bahkan semuanya. kita dikurniakan nikmat agar perasai nikmatnya. bertindaklah sebagai penikmat bukan pemilik. perasaan memiliki akan mengundang sombong dan egos sahaja. SELAMAT MENIKMATI HARI INI

KEHIDUPAN HARIAN IMAM AYS SYAFI' siri 3

Image
sambungan.... 8.   Keteguhan hati Imam Al-Ghazali r.a. berkata: ”Abdul Kadir bin Abdul Aziz adalah seorang soleh yang wara’. Beliau pernah bertanya kepada Imam Asy-Shafi’i r.a.: ”Manakah yang lebih utama: Sabar atau diuji atau diberi keteguhan hati?” Jawab Imam Asy-Shafi’i r.a.: ”Diberi keteguhan hati adalah darjat nabi-nabi. Ada keteguhan hati sesudah diuji. Apabila diuji maka bersabar. Apabila sudah bersabar maka teguhlah hati. Tidakkah kau lihat, bahawa Allah Taala,     ~ menguji Nabi Ibrahim a.s. lalu Ia memberikan ketetapan hati.     ~ menguji Nabi Musa a.s. kemudian Ia memberikannya ketetapan hati.     ~ menguji Nabi Ayub a.s. kemudian Ia memberikannya ketetapan hati.     ~ menguji NabiSulaiman a.s. kemudian ia memberikannya ketetapan hati        dan menganugerahinya kerajaan.        Maka ketetapan hati itu adalah darjat yang paling utama.” 9.   Amalan Imam Asy-Sha