Posts

Showing posts from May, 2013

TAUBAT

Image
  TAUBAT 1.  PENGERTIAN TAUBAT :            Kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya 2.  HUKUM TAUBAT :            Wajib dilakukan bagi mereka yang telah melakukan dosa 3.  SEBAB MANUSIA PERLU BERTAUBAT :            Telah melakukan dosa kecil atau dosa besar              Supaya setiap amalan diterima oleh Allah dengan mudah              Supaya manusia tidak bongkak dengan kekuasaan dan keagungan Allah 4.  SEBAB ALLAH MENERIMA TAUBAT HAMBANYA   Allah maha penyayang dengan mengampunkan dosa hambanya Supaya hambanya bersih daripada dosa dan memperoleh balasan syurga d akhirat Orang yang bertaubat akan berasa benci dengan dosa yang dilakukan Supaya seseorang itu sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan 5.  SYARAT-SYARAT TAUBAT : Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan Berhenti melakukan maksiat denga segera Berazam tidak akan mengulangi lagi Berterus terang memohon maaf j

BAHAYA BERBOHONG

Image
    Bahaya Berbohong dan Hukumnya dalam Islam Bohong adalah penyakit yang menghinggapi masyarakat di segala zaman. Ia adalah penyebab utama bagi timbulnya segala macam bentuk kejelekan dan kerendahan. Suatu masyarakat takkan lurus selamanya jika perbuatan bohong ini merajalela di antara individu-individunya. Dan suatu bangsa takkan bisa menaiki tangga kemajuan kecuali jika berlandaskan pada kejujuran.  Perbuatan bohong akan menimbulkan rasa saling membenci antara sesama teman. Rasa saling mempercayai antar sesama akan hilang, dan akan tercipta suatu bentuk masyarakat yang tidak berlandaskan asas saling tolong-menolong atau gotong royong. Apabila bohong sudah merajalela ke dalam tubuh masyarakat, maka hilanglah rasa senang dan keakraban antara anggota-anggotanya. Mengingat dampaknya yang sangat negatif dan membahayakan masyarakat, maka Islam melarang berbohong dan menganggap perbuatan ini sebagai perbuatan dosa besar . Cukuplah kiranya untuk menjadi dalil penghara

AURASHIFA MALAYSIA

Image

JANGAN LUPA BERISTIGFAR

Image
JANGAN LUPA BERISTIGHFAR (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) ISTIGHFAR sering diertikan dengan permohonan ampun kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Lazimnya jika seseorang melakukan kesalahan dan kemudian menyesal akan perbuatannya itu, maka istighfar yang disertai dengan niat taubat yang ikhlas akan dilafazkan dengan harapan agar dosa atau kesalahan yang dilakukan akan diampunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Jika dilihat pada pengertian i stighfar, maka tiada perbezaan antara istighfar dan taubat. Dari satu sudut, istighfar dan taubat mempunyai maksud yang sama iaitu kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Keduanya mempunyai persamaan dalam permohonan untuk menghapuskan apa yang tidak sepatutnya (dosa). Hakikat istighfar dalam Islam adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah Subhanahu wa Ta‘al

DI ANTARA TOLERANSI DAN DA'WAH

Image
Antara  hormat kepada orang tua dan menasihatinya Berbuat baik kepada kedua orang tua, menghormati mereka, adalah wajib. Akan tetapi bukan berarti mengingatkan orang tua ketika lalai atau melakukan sesuatu yang di larang agama berarti dianggap tidak menghormati mereka. Seorang anak wajib mentaati orang tua selama orang tua memerintahkan kepada hal-hal yang ma’ruf (baik), akan tetapi jika orang tua memerintahkan untuk berbuat jahat, maksiat, menyekutukan Allah, maka sang anak wajib hukumnya untuk tidak mentaatinya, dan menolaknya dengan cara baik, lemah lembut dan bijaksana. Karena Rasulullah SAW bersabda:  لا طاعة لمخلوق في معصة الخالق Tidak ada ketaatan kepada seorang makhluk untuk bermaksiat kepada Kholiq (Allah)  Dalam al-Quran diceritakan kisah antara Nabi Ibrahim dan ayahnya. Ayahnya adalah seorang penyembah berhala, maka Ibrahim sebagai anak mengingatkan orang tuanya, bahwa ajaran yang ikuti adalah sesat, serta menjelaskan jalan/agama yang benar, dan Nabi Ibrahim teta

REDHA

Image
SUNNAH ADA MENANG DAN ADA KALAH kepada yang memperolehi mandat sila tunaikan amanah anda, kepada yang kurang mendapat mandat bersyukurlah kerana kita kurang nak jawap apa apa di akhirat kelak. bersiap untuk menjawap persoalan kubur..

SELAMAT MENGUNDI SELURUH WARGA MALAYSIA

Image
"UNDI ADALAH KESAKSIAN" Seorang Muslim wajib memberikan kesaksian apabila diminta. Mengundi pada pilihanraya adalah satu kesaksian. Justeru menjadi kewajiban untuk seseorang Muslim itu mengundi. Jangan diabaikan kewajiban ini kerana ia boleh melemahkan perjuangan umat. Kelalaian memenuhi tuntutan ini boleh membinasakan keagungan Islam. Maka jelas di sini bahawa pengundian seorang Muslim bukan semata-mata memenuhi tanggungjawab kenegaraan tetapi juga amanah keagamaan. Keamanan perlu dipelihara bagi menjamin kesejahteraan negara.  Pihak wewenang mesti melaksanakan tugas dengan sikap amanah dan tanggungjawab yang tinggi.  Kehilangan integriti menerusi sikap yang bias, kelemahan pengurusan, kelewatan tindakan dan penipuan boleh mengundang kemarahan dan menyalakan api keganasan. Kepada  ahli-ahli parti yang bersaing elakkan sikap melampau dan taksub melulu.  Segala senario perlu ditangani dengan akal yang waras dan tindakan yang tepat.  Jangan digadaikan keam