Posts

Showing posts from October, 2014

JOM BELAJAR DI DARUL ILMI : pengambilan April 2016 (panggilan kedua)

Image
kepada ibubapa yang berminat sila hubungi pusat tahfiz segera. Berasrama Penuh KEKOSONGAN JAWATAN GURU DAN PENTADBIR, juga terdapat di sini

LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN DALAM MENCARI KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN ALLAH (Siri 8)

Image
LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN DALAM MENCARI KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN ALLAH (Siri 8)   77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita; 78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang- orang arif dan bijaksana; 79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan; 80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya; 81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara; 82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain; 83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara; 84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa; 85. Hargai prestasi dan pemberian orang; 86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan; 87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun ada yang tidak menyenangkan. 

LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN DALAM MENCARI KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN ALLAH (Siri 7)

Image
LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN DALAM MENCARI KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN ALLAH (Siri 7)   66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya; 67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita; 68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan 69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang menghadapi kesukaran. 70. Jangan melukai hati orang lain; 71. Jangan membiasakan berkata dusta; 72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian; 73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab; 74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan; 75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita 76. Jangan membuka aib orang lain;