Persoalan Kehidupan


AYUH BANYAKKAN MASA BERKERJA DARI BERBUAL


APAKAH YANG MEROSAK PEMIKIRAN ANDA


dalam perjalanan pulang kampung tempoh hari, saya sekeluarga di hubungi salah seorang peserta program, memohon untuk singgah di rumahnya di seremban, mohon buat perawatan sebagai ikhtiar. Kami pun singgah dengan nama tanggungjawab membantu sesamu umat. sekali lagi persoalan diajukan, betulkan di temapat kami ini hampir 70 perempuannya ada saka?. saya jawab, saya tak boleh beri jawapan, sebab segala kepastian adalah dari Allah. cuma yang penting dalam sebuah hadith kudsi, menyatakan Allah akan bersama sangkaan hambanya selagi mana ianya masih mengingat aku dan berzikir pada ku.

maksudnya, jika sangkaan ada saka itu di iringi dengan zikir dan fikir, maka Allah izinkan lah, mari kita renung, semasa kita memikirkan saka (jin dan syaitan) adalah fikiran kita bersama Allah, pastinya tidak. so sebenarnya kita menaggil menggil syaitan lah so itu yang jada macam macam.

apa yang kita takut.. ia akan datang kepada kita, takut hantu ..hantu datang, takut gagal...kegagalan datang, takut mati.. kematian semakin hampir, takut rugi kerugiaan akan datang. takut Allah.. ALLAH akan datang kepada kita. oeh itu takuti ALLAH, maka ALLAH menghampiri kita

ANDA BAGAIMANA...?


Persoalan 13 : Penat

seorang pelanggan berkata, saya penat lah ustaz, banyak sgt kerja sampai penat dan malas nak campur benda benda lain. saya jawab, kenapa mengadu pada saya? mengadu dengan ALLAH baru betul. pernah ke tuan mengeluh masa nak solat, puasa dan zakat. tak bukan sebab itu adalah ibadah yang wajib kita buat untuk dan kerana ALLAH.

so jangan mengeluh rugi kita sebesar besar rugi. ikhlas dan sabar lah jawabnya. terus saya bawa sesi therapy, selepas 15 mint sesi selesai, dia kelihatan segar dan tidak mengeluh lagi.





persoalan 12 ::BEBAN::


seorang pelanggan saya berkata : hemmm, susah betul hidup ini, saya tanya kenapa ?, dai menjawab banyak sangat kerja, tanggungjawab saya berat dan banyak. semua nak kena buat, satu satu satu, keluarga pun tertinggal. nak bagi bagi tugas member member tolak, balik balik kita juga kena.!!! saya berkata, eh bukan itukah yang awak minta ?, mana ada saya minta ustaz, saya terpaksa ambil tugas kesian orang. saya berkata bolah tak kita terpaksa tak ambil, sebab sebab yang berlaku sekarang? anda yang pilih sebenarnya, tolak sahaja tugasan yang anda tak mampu, perbuatan kita menolak itu lebih dapat pahala, dari pada kita ambil, kerana mungkin akan meburukkan lagi keadaan.

anda lemah pendirian, sebab itu orang mempergunakan anda, ada rasakannya tak? so mari ikut therapy ketaqwaan, kebahagian dan kekayaan. free aje, jom.

selepas beberapa minit melalui therapy, mukanya cerah dan ada wujud semangat untuk hidup bukan muka bengkrap sebelum ini.


ps. anda makhluk merdeka, ertinya boleh pilih, maka pilihlah yang menyelamatkan anda dari seksaan neraka



persoalan 11 : ::MANDI BUNGA @ MANDI LIMAU


semalam saya mengadakan sesi therapy, kemudian semasa sesi therapy dengan seorang wanita bisnesswomen. saya dapati dia ada masalah untuk sesi hypnoitherapy, saya bertanya, puan ada pendampng ke, dia menjawab, mana ada ustaz saya bersih dari amalan khurafat tu, saya selalu zikit tenguk nie tasbih saya. pernah tak puan mandi limau atau mandi bunga, saya tanya lagi, wanita itu menjawab , alah itu dulu ustaz, pak cik saya suruh mandi bunga supaya segardan ada seri untuk lariskan bisness, saya rasa ok aje. saya tanya lagi, ada tak pakcik puan baca sesuatu masa mandikan, ada lah tapi say tak diberitahu baca apa dan saya puan tak tanya, tak kan pakcik saya nak buat tak baik kepada saya.

saya jawab, puan pak cik puan memang niat baik dan nak tolong anak saudara dia nie, cuma sebenarnya dia telah memberikan puan pendamping tanpa disedari. memang jin ini tak minta apa apa masa nie, tunggu masa kita tua nanti yang paling bahaya masa kita nazak, dia akan minta yang bukan bukan, termasuk aqidah kita. masa nazak kita terdesak, risau nanti kita mangku dia tuhan pulak. nauzubika minzalik.. ingat kita hanya bergantung kepada Allah sahaja jangan bergantung dengan makhluk.

macamana saya nak buat nie ustaz, wanita itu bertanya dalam kebimbangan, saya jawab senang sahaja, 1 minit siap, free tak payah bayar ,  ini bukan saka. saya pun arahkan pendamping itu pergi dengan simbol wanita itu minum air, seolah olah rumahnya sudah bersih, maka pendamping itu pun hilang. saya kata; dah siap, wanita itu berkata; hai senang aje, saya jawab yelah, ini kerja mudah, so jangan percaya denga bomoh dan pawang yang minta duit banyak banyak, ingat bergantung dengan Allah sahaja. amalan khurafat dato nenek kita dulu banyak sangat, sampai ada yang ingat itu ibadah.

kalau mandi bunga dan limau sahaja nak segar bahu aromanya tanpa ada baca baca yang tak pasti ok tak apa.. itu boleh

Ps : dunia akhir zaman


Persoalan ke 10, ::SIHIR::


tiba-tiba telefon berbunyi, sapa pulak call petang petang nie terdetik dalam hati. Maaf ye ustaz, suara dihujung talian. boleh saya minta tolong sikit. ?, apa yang saya boleh bantu puan, saya jawab. begini ustaz, adik saya macam kena sihir lah ustaz. macamana ye ustaz. kata wanita berusra halus itu. maaf ye puan puan dapat no Hp saya dari mana yee? saya bertanya balik. dalam hati saya tertanya bila pulak aku jadi bomon nie. aku mana tahu ilmu mistik mistik nie?

saya dapat no telefon ustaz dari imam di kampung saya? kata wanita itu dengan penuh pengharapan. begini ustaz adik saya semalam menceraikan isterinya kerana tergila gilakan seorang janda. dia sudah beradak tiga. bila kami sekeluarga pujuk janda itu agar tinggalkan adik saya kerana sudah beristeri dan beranak 3. janda itu menjawab, bagaimana pula dengan perasan dia, tak kan nak biarkan dia terkapai kapai tanpa pembelaan juga.

aik, saya terkejut, janda ni biar betul... saya menjawab, puan mintak bersabar nanti saya solat hajat mintak tolong Allah, beri nama adik puan nya. esok pagi puan call saya ok. yang paling utama doa keluarga sendiri mereka mempunyai hubungan minda yang utuh.

esok paginya... puan itu call betul betul, macamana ustaz, adik saya.? saya bertanya bagaimana dia hari ini,? Pagi tadi dia balik rumah macam biasa makan minum di rumah belas isterinya yang baru dicerai itu, macam tak ada apa apa berlaku. kata kakaknya. ah sudah, saya kata , maknanya dia tidak tahu apa yang berlaku sepanjang minggu ini, kena rujuk jabatan agama, untuk sahkan talak dia nie, nanti jadi lain pulak.

macam macam.. dunia ini

pesanan : mohonlah pertolongan Allah bukan mohon pertolongan dengan manusia.





Persoalan ke 9 (haji haji)


sempat berbual dengan pelanggan sebentar sebelum sesi therapy. Dia bertanya saya nak pergi haji tahun ini juga boleh tak Ust. macamana caranya, saya dah daftar Tahung haji tapi tahun 2040 baru boleh pergi. macaman yer.?

saya bertanya kepadanya, biasa pergi restoran order minum apa? dia kata saya order milo tabur.. wow saya kata, so bila order milo tabur dapat apa? dia menjawab , dapat milo tabur lah ust.

saya berkata, selepas order milo tabur, ada tak tuan tertanya pada diri, cukup ke milo restoran ni, dia nak cari milo kat mana, susu pekat cukup ker, air panas dah masak ker dll? dia menjawab, saya tak fikir pun itu masalah restoran saya dah order, dia kena sediakan lah. kata kata lagi dapat tak milo..., dia menjawab dapat lah...

saya kata lagi : tengok Allah ajar kita, minta dengan manusia, tak ragu ragu dapat apa yang kita order. kenapa minta dengan Allah susah nak dapat? sedangkan Allah pemilik apa yang di langit dan apa yang di bumi, Allah boleh adakan apa apa sahaja "kun fayakun".

Sebab, kita ragu ragu dengan Allah, sebab tu Allah tak berikan permintaan kita atau lambatkan terkabulnya permintaan kita. dengan manusia kita tak ragu kenapa dengan Allah kita ragu ragu.

saya katakan kalau nak pergi haji tahun ini jagan bergantung dengan tagung haji, minta sahaja dan yakin, pasti ianya terjadi, seperti yang berlaku pada saya 2007, saya daftar rabung haji 2007, dan saya pergi haii 2007, walaupun masa daftar saya boleh pergi 2017. anda adalah apa yang ada fikirkan

tersenyum pelanggan saya. saya yakin dia kan ke mekah tahun ini. Amin



Persoalan 8

saya orang susah, maka susahlah saya nak bersedekah. persoalannya susahkan untuk senyum kerana senyum itu sedekah



tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, Maha suci Allah. sesunggunhnya golongan yang meminta minta adalah ujian buat kita, adakah kita sayang harta kita atau saya peluang rahmat Allah di tengah tengah orang yang susah.

Carilah Allah ditengah tengah orang yang sakit dan susah.






PERSOALAN 7

seorang ibu berkata kepada anaknya sambil membetulkan tudung anaknya, sayang pakai tudung betul betul nanti aurat nampak Allah marah, jaga rambut tu ini sekolah agama kena pakai tudung. (dalam keadaan si ibu tidak pakai tudung).

pastinya anak tersebut sedang mengalami kecelaruan minda dan faham agama. Ibunya menyuruh sesuatu yang ibunya tidak amalkan. bagaimana anak ini mahu faham dan mengikut. Agama adalah cara hidup bukan slogan atau apa yang termaktub dalam kitab sahaja, dihafal dan difahamkan. tetapi ia adalah cara hidup yang menti ada tindakan setelah mendapat faham isi agama tersebut.

inilah umat akhir zaman. tapi kita tidak boleh jadikan akhir zaman alasan untuk bergosip tentang keburukan orang. Segala kerosakan umat adalah prasyarat utnuk khimat. kita sebagai pengajak kebaikan dalam masyarakt usaha membaiki dan memahami umat mesti terus berlaku walau sudah tahu esok akan khiamat. usaha mengajak kebaikan adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah dan hamba Allah, ia ibadah tanda syukur dan tanda sayang kita kepada Allah.

PERSOALAN 6

ustaz.. kereta saya asyik rosak aje, lepas satu satu lepas satu satu, memang nasib saya malang ye ustaz.? saya jawap kalau anda rasa ia adalah malang maka memang anda malang, jika anda rasa ia pelung makan ia jadi peluang..
alah ustaz.. tak payah berkias lah ustaz, nak cover depan saya pulak.?

senang aje, sifir, siapa yang mengizinkan kereta anda rosak, Allah kan, so pernah tak Allah buat sesuatu yang sia-sia, mustahil pastinya, Allah mengizinkan kerosakkan ke atas kereta anda mesti ada sebabnya yang pastinya memberi kita peluang untuk mendapat pahala sebaliknya.

kita sabar dapat pahala, hantar bengkel bayar dapat berigaji kepada pekerja dan beri anak mereka makan, kereta rosak sebagi tanda untuk kita sentiasa hati hati bila memandu, kereta rosak menunjukkan betapa  ciptaan manusia memang lemah.

sabar dan ikhlas, itu ISLAM.... anda orang Islam kan.

hehehehehe, terima kasih ust.




PERSOALAN 5

Ada orang meluahkan perasaannya dengan nada kecewa, saya tak dapat tidur malam dan tak lalu nak makan sebab anak saya tidak berpeluang belajar dan memiliki Sijil Khas Agama.

sementara seorang lagi bapa menyatakan masalah besar kita sebenarnya ialah masuk syurga ke masuk neraka, sijil no 2, yang penting mereka menghayati hidup beragama, berapa ramai teknokrat dan orang yang bukan bidang agama lebih faham tuntutan beragama berbanding dengan mereka yang ada ijazah Agama.

Allah akan tanya apa amalan kita dengan ilmu yang kita perolehi, bukan berapa banyak sijil yang kita kumpul. mungkin ini ciri-ciri umat akhir zaman, sebagai pendakwah mana dahului kita santuni?

# yang penting kita dapat keampunan dan kasih sayang Allah walau apapun status latar belakang pendidikan kita.


PERSOALAN 4

saya di datangi seorang wanita yang sudah bersuami tetapi mereka hidup berjauhan keranan tugasan masing masing. si isteri menyatakan bahawa seluruh badannya lemah dan sakit, macam ada benda ikut saya ustaz? tolong saya ustaz.

saya bertanya, macamana puan tahu ada benda ikut puan?, saya rasa sahaja ustaz. maka kami pun berbual-bual dahulu sambil mencari jalan penyelesaian. akhirnya saya dapat satu klu, bahawa wanita ini stress sebab berjauhan suami dan berdendam dengan suaminya.

saya bimbing wanita ini melakukan therapy maaf dan belon.? setelah selesai, wanita itu masih sakit juga, saya menyatakan bahawa puan tidak mengikuti sistem therapy  keranan puan tidak bercerita kedudukan sebenar

akhirnya wanita ini mengaku bahawa suaminya kahwin lagi seorang dan dia tidak boleh maafkan madunya itu.

setelah dipujuk, wanita itu masih berdendam dengan suami dan madunya. akhirnya saya berkata. puan kena lepaskan jika tidak sakit seluruh badan akan berterusan.

nantilah ustaz saya tunggu dan lihat, heeeeeeeem



PERSOALAN 3



Satu pagi saya didatangi oleh staf saya sendiri, sambil tersenyum kelat, dia berkata, oleh tak ustaz therapy saya untuk melupai seseorang?, saya berkata kenapa nak lupa sesorang, yang baik adalah ingat kebaikan orang kepada kita dan lupa keburukan orang kepada kita.

saya nak lupakan si dia tu, tapi saya tak nak maafkan dia? saya jawab itu tak boleh, macamana nak lupa tapi tak nak maafkan ?, kelak kita akan bertambah ingat dan stress dan bahayakan kesihatan anda.

baik jika itu permintaan anda saya cuka lakukan, ternyata tidak berjaya sesi pertama, ingatannya terhadap bekas keksaihnay itu terlalu kuat, bila sampai sesi 2, saya beri syarat mesti dengar cakap saya dan yakin dengan saya,

Saya gunakan therapy Maaf dan Belon Cinta, Alhamdulillah selamat dan di saat ini pekerja saya telah wajah  bertambah ceria dan laur biasa hebat, setiap kali tersempak dengan bekas kekasihnya perasaannya biasa biasa sahaja. Syukur.

pesanana : Jadilah penikmat bukan pemilik, makhluk yang wajib kita cintai no 1 adalah Nabi Muhammad SAW .







PERSOALAN 2

sahabat berjumpa saya, ustaz, suami saya main kayu tiga dia ada perempuan lain (sambil menangis)

saya bertanya, ada bukti ke puan buat kenyataan ini, dia menjawa ada ustaz, depan mata saya perempuan suapkan makanan ke mulut suami saya masa dia terlantar di hospital tempoh hari.

saya bertanya, puan jumpa dan bertanya kepada kedua dua mereka, mereka dah mengaku ustaz (bertambah air mata), punah harapan saya ustaz jawab wanita itu. sambil mendokong anak kecil dan sebelh tang lagi mememgang tanagn anak lagi seorang.

saya menjawab, puan duduk dulu rehatkan minda dan senyum, ini maknanya Allah sayang puan dan keluarga puan. ibu beranak dua ini menjawab, ustaz jangan nak gembirakan hati saya dah puas saya menangis dan dah nak habis air mata saya ini. entah entah mereka dah buat macam macam lagi.

saya menjawab. Puan hanya perlu percaya apa yang puan nampak sahaja, segala andaian lain itu adalah bisikan syaitan, dan jika puan terus membayangkannya puan akan stres dan ia adalah satu doa dan harapan agar mereka akan melakukan maksiat yang lebih dahsyat lagi. mulai hari ini saya mahu puan tambahkan lagi sayang puan kepada suami puan, sebab sekarang ada pesaingan. lagi satu puan, puan mesti memahami bahawa kita adalah penikmat bukan pemilik, suami kita bukan milik kita kita hanya merasai nikmah anugerah Allah dengan ada suami. so ubah sekarang bahawa puan penikmat bukan pemilik, sebab pemilik sebnarnya adalah Allah SWT.

saya bersama seorang terapist seorang lagi membantu wanita ini menjalani therapy sayang dan kasih. setelah selesai dalam masa 20 minit, kelihatan wanita itu gembira dan yakin diri. moga moga usaha ini akan membantu dan Allah bersama dengan usaha ikhtiar ini untuk menyelamatkan sebuah masjid umat.





PERSOALAN 1
Hari ini ada seorang bertanya :

S : Ustaz malaslah saya di gi kursus, penatlah ... asyik kursus aje.?

U : itu kursus yang diwajibkan anda pergikan,

S : alah.., bukan apa pun benda sama aje ulang. ustaz tak berada dalan keadaan saya, tak tahu rasanya asyik tinggalkan isteri dan anak anak.?

U : bukankah masa temuduga dulu semuanya sanggup, tandatangan kontrak lagi, itu ertinya kita akur dengan arahan majikan, kalau tak nak juga.. kena cari majikan lain nie, terutama majikan yang ikut kata staff.

U : apakah perkara yang membatalkan solat ?, apakah perkara yang membatalkan niat solat (ibadah), kerja itu sebagai ibadah, dan apa apa yang menyebabkan tak sampurna ibadah wajib disampurnakan. so apa apa yang menyebabkan tak sampurna untuk kerja kita, boleh menyebabkan kerja ini hilang nilai ibadah?

U : apa perasaan anda jika anak anda kata malaslah nak dengar nasihat mak, pasti naik darah kita. bagaimana pula jika ada yang kata malaslah nak solat, malaslah nak ibadah kepada Allah. jika anda boleh marah Allah mesti lagi marah?

Comments

Popular posts from this blog

80% PELAJAR TAMAT TAHFIZ TIADA SPM? BETUL KE