Posts

BENGKEL BUSINESS MODEL CANVESS

Image

RAMADHAN KAREEM

Image
Perkongsian dgn Dr Jamilah  10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan. 1 Tidak sahur. - puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.  2 Sahur terlalu awal  -Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. 😅 3 Terlebih tidur  - lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah 💭. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.  4 Berbuka secara buffet sampai buncit - ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang! 5 Membazar hingga membazir. -lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. 6 Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan. -bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan   dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal  7 Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr -...

SELOKA DI PAGI RAMADHAN

Image
Dapat dari kawan. Perihal kisah Nujum Pak Belalang dgn Nujum Masai NM: Jika tuan bijaksana, marilah jawab soalan hamba. NPB: silakan tuan hamba. NM: Apakah 1 banyak-banyak, 2 sikit-sikit, 3 kadang-kadang, 4 jarang-jarang. NPB: Senang aja.  jawapannya Tarawih! NM: Jelaskan. NPB: 1 banyak-banyak maknanya minggu pertama ramai orang datang tarawih. 2 sikit-sikit minggu kedua sikit orang datang tarawih. 3 kadang-kadang minggu ketiga kadang-kadang aje orang datang tarawih. 4 jarang-jarang minggu keempat jarang jumpa datang tarawih. NM: bijak tuan hamba seloka di pagi ramadhan

POWER ON YOUR INTUITION

Image
POWER ON YOUR INTUITION INTUISI ADA KEBOLEHAN YANG BOLEH DILATIH UNTUK MEMILKINYA, BANYAK KEGUNAAN YANG KITA BOLEH PEROLEHI DENGANYA, UNTUK KESIHATAN, PERNIAGAAN , PENDIDIKAN DAN KEPIMPINAN.

TURKI OH TURKI.....

Image
Turki: Saksi Kemuncak Pertembungan Politik Islam & Sekularisme? Pengalaman politik Turki semasa boleh dikatakan sebagai sebuah uji kaji bagi mengenal pasti sejauh mana keupayaan politik Islam membina tahap kesalingan hubungan antara prinsi p Islamisme yang menjadi neraca perjuangannya dengan ideologi sekularisme yang sudah mengakar dalam pemikiran dan nilai kehidupan masyarakat Turki sekian lama. Dalam erti kata lain, pengalaman politik di Turki menarik perhatian kerana uji kaji ini nanti pada akhir prosesnya yang ketika ini masih lagi berkembang bakal menatijahkan kelahiran sebuah model atau sintesis pemikiran politik Islam yang bercorak baru yang kini dirujuk dalam kerangka wacana yang dinamakan pasca Islamisme. Uji kaji bagi membina kesalingan hubungan dan penyesuaian antara Islamisme dan sekularisme di Turki ini terus terjadi menerusi prosesnya yang dinamik. Ia dilangsungkan menerusi pendekatan politik, ekonomi dan budaya oleh Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) s...

Saaban dan kelebihannya

Image
Fadhilat Bulan Sya'ban Written by Faruq Jamil Al-Jarumi    Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda. Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari ...

TAUBAT

Image
  TAUBAT 1.  PENGERTIAN TAUBAT :            Kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya 2.  HUKUM TAUBAT :            Wajib dilakukan bagi mereka yang telah melakukan dosa 3.  SEBAB MANUSIA PERLU BERTAUBAT :            Telah melakukan dosa kecil atau dosa besar              Supaya setiap amalan diterima oleh Allah dengan mudah              Supaya manusia tidak bongkak dengan kekuasaan dan keagungan Allah 4.  SEBAB ALLAH MENERIMA TAUBAT HAMBANYA   Allah maha penyayang dengan mengampunkan dosa hambanya Supaya hambanya bersih daripada dosa dan memperoleh balasan syurga d akhirat Orang yang bertaubat akan berasa benci d...