Posts

Showing posts from June, 2008

DAJAL DI AKHIR ZAMAN

SERANGAN KE ATAS IRAN AKAN MENGUNDANG MASALAH DAN MALAPETAKA KEPADA BUSH, ADAKAH ANDA BERSETUJU ATAU TIDAK DAN JELASKAN PENDIRIAN ANDA? PENGENALAN Baru-baru ini ketegangan politik nuklear Iran telah kembali memanas. Ucapan George W Bush di satu sidang media, “Saya telah menyatakan sekiranya anda ingin mengelak daripada Perang Dunia Ketiga, ini bermakna anda seharusnya berminat untuk menghalang mereka (Iran) daripada memiliki pengetahuan yang diperlukan untuk membuat senjata nuklear.” Kemudian, Tony Blair pula mengisytiharkan apabila berucap mengenai ‘ideologi kemusnahan’ ekstremis Islam, “Ideologi ini, pada ketika ini mempunyai sebuah negara, iaitu Iran,yang kembali bersedia dan membiayai keganasan dalam usaha mengganggu kestabilan negara-negara yang ingin hidup aman.” Timbalan Presiden Cheney juga berkata merujuk kepada cita-cita nuklear Iran, “Negara kita, dan seluruh komuniti antarabangsa, tidak boleh melihat sahaja sebuah negara penaja keganasan memenuhi cita-cita terb