DAJAL DI AKHIR ZAMAN

SERANGAN KE ATAS IRAN AKAN MENGUNDANG MASALAH DAN MALAPETAKA KEPADA BUSH, ADAKAH ANDA BERSETUJU ATAU TIDAK DAN JELASKAN PENDIRIAN ANDA?

PENGENALAN

Baru-baru ini ketegangan politik nuklear Iran telah kembali memanas. Ucapan George W Bush di satu sidang media, “Saya telah menyatakan sekiranya anda ingin mengelak daripada Perang Dunia Ketiga, ini bermakna anda seharusnya berminat untuk menghalang mereka (Iran) daripada memiliki pengetahuan yang diperlukan untuk membuat senjata nuklear.” Kemudian, Tony Blair pula mengisytiharkan apabila berucap mengenai ‘ideologi kemusnahan’ ekstremis Islam, “Ideologi ini, pada ketika ini mempunyai sebuah negara, iaitu Iran,yang kembali bersedia dan membiayai keganasan dalam usaha mengganggu kestabilan negara-negara yang ingin hidup aman.” Timbalan Presiden Cheney juga berkata merujuk kepada cita-cita nuklear Iran, “Negara kita, dan seluruh komuniti antarabangsa, tidak boleh melihat sahaja sebuah negara penaja keganasan memenuhi cita-cita terbesarnya.”


Saban kali isu nuklear Iran sering menjadi isu ulangan utama di media-media massa utama barat terutamanya Amerika. Setelah dilakukan propaganda hebat di media sebagai mana selalunya oleh rejim Amerika, maka akan berlaku rundingan demi rundingan, kemudian rundingan-rundingan menemui jalan buntu dan seterusnya berakhir dengan ketegangan dengan mengheret isu ini ke Majlis Keselamatan PBB yang disudahi dengan resolusi sekatan ekonomi sekiranya Iran tidak memenuhi tuntutan resolusi tersebut dalam masa yang ditetapkan.

Sejarah Nuklear Iran

Adalah diketahui umum bahawa Iran telah menandatangani Nuclear Non-prolifetarian Treaty (NPT) pada tahun 1970 semasa pemerintahan Shah dan memulakan aktiviti nuklearnya dengan kerjasama beberapa firma-firma Perancis dan Jerman. Namun aktiviti nuklear Iran dihentikan oleh pemerintahan Khomeini pada tahun 1979 dan kemudiannya disambung semula pada tahun 1995 oleh Rasfanjani dan diteruskan sewaktu zaman reformasi (1997-2005) di bawah pemerintahan Khatemi. Sewaktu selang masa inilah (2003), setelah penjajahan di Iraq, pihak pembangkang Iran yang berada dalam buangan telah mengumumkan yang Iran telah menjalankan aktiviti nuklear rahsia yang tidak selamat dan menyorokkannya daripada pengetahuan International Atomic Energy Agency (IAEA).

Ketika inilah momentum krisis nuklear Iran memuncak, terjadinya dialog persefahaman antara pemerintahan Khatemi dan Troika Eropah iaitu Jerman, Perancis dan Britain, dan berakhir dengan proses penandatangan protokol tambahan pada 25 Oktober 2003. Dengan protokol tambahan ini, pihak IAEA berkuasa untuk melakukan pemeriksaan mengejut dengan harapan boleh mengelakkan tuduhan ke atas Iran akan aktiviti nuklearnya.

Sekiranya kita meneliti sejarah dan kelangsungan hidup program pembangunan nuklear Iran pada ketika ini, ia adalah hasil daripada kejayaan perlaksanaan dasarnya yang bersifat 'fleksibel.' Dengan kata lainnya, program pembangunan Iran adalah tidak tertakluk dan bergantung kepada sesebuah negara pengeksport teknologi dan bantuan semata-mata. Sebaliknya Iran telah melaksanakan dasarnya yang boleh 'menukar arah' ke mana-mana negara selagi mana ia dapat meneruskan kelangsungan hidup program nuklearnya.

Dalam memastikan kejayaan dan kelangsungan hidup program nuklearnya, Iran telah mengalihkan 'arah' dasar luarnya bagi mendapatkan bantuan dan teknologi nuklear. Dasar fleksibel yang diamalkan oleh Khomeini ini telah diteruskan oleh para pemimpin Iran yang seterusnya hinggalah ke era Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Semenjak 1979, dasar luar Iran mula mengadakan hubungan yang baik dengan negara-negara seteru AS seperti Korea Utara, China, Rusia termasuk Pakistan.

Pada awal 1990-an, Iran telah berjaya mengadakan perjanjian dengan pihak Rusia dalam menyalurkan teknologi dan membantu Iran membangunkan program nuklear. Pihak Rusia telah bersetuju untuk membantu Iran yang mana antara 1991-1992, Moscow telah menghantar 14 orang saintis nuklear ke Iran.

Dasar Iran yang bersifat fleksibel ini telah berjaya mewujudkan satu bentuk kebergantungan dalam pembangunan nuklear Iran iaitu pemintaan dan penawaran. Dalam konteks ini, Teheran adalah diibaratkan sebagai negara pembeli manakala negara pengeksport teknologi pula bertindak sebagai penjual yang akan menikmati pelbagai kebaikan dan faedah seperti ekonomi, politik, pengaruh dan kuasa hegemoni.

Dalam memastikan kejayaan program pembangunan nuklearnya, Iran bijak mengatur dasar luarnya dengan mengadakan hubungan yang rapat dengan China dengan mengumpan sumber minyak dalam strategi pembangunan nuklearnya. Kini China yang merupakan salah satu kuasa besar nuklear dunia turut menjadi negara penyokong dan membantu program nuklear Teheran.

Selain China, Iran turut memperkembangkan pengaruhnya di peringkat antarabangsa dengan menjalinkan hubungan dengan "negara-negara sahabat baru" bagi menjana sokongan terhadap pembangunan nuklearnya antaranya Venezuela.

Hubungan diplomatik ini telah berjaya menambahkan "kelab negara penyokong Iran" khususnya terhadap program nuklearnya.

Muslihat halus Amerika

Walau bagaimana pun, keadaan ini tidak berhenti di situ sahaja. Walaupun Iran memberhentikan proses pengayaan uranium semasa melakukan rundingan, jerat itu berterusan diketatkan tanpa mempedulikan haknya untuk menggunakan tenaga nuklear untuk kegunaan aman. Disebabkan hal itu Iran menyambung aktiviti pengayaan uraniumnya.

Masalah ini laksana seperti aisberg yang kian membesar, namun kemudiannya cair kembali dan proses ini terus berulang. Faktanya, pada 23 Disember 2006, Majlis Keselamatan telah meluluskan resolusi 1737 yang mendesak untuk menghentikan proses pengayaan uranium. Namun resolusi ini mendapat bangkangan dari Iran demi mempertahankan haknya untuk menggunakan tenaga nuklear untuk tujuan keselamatan. Majlis Keselamatan PBB sekali lagi bersidang pada 23 April 2007, dan meluluskan resolusi 1747 dan memberi masa dua bulan kepada Iran untuk menghentikan program pengayaan uraniumnya meskipun dalam jumlah yang sedikit untuk tujuan yang selamat. Namun kenyataannya telah dimaklumi, bahawa negara-negara itu sendiri yang membantah program nuklear Iran untuk tujuan keselamatan itu sebenarnya negara yang terlibat dalam pengayaan uranium untuk tujuan ketenteraan dan membuat senjata nuklear seperti mana Amerika sendiri menggunakannya semasa perang dunia kedua.

Jelas dilihat apabila Eropah sibuk berunding dengan Iran mengenai konflik nuklearnya, Amerika akan memerhatikan daripada jauh dan akan melakukan sabotaj, sebagai contoh ketika Troika Eropah sedang berunding untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini, tetapi Amerika sibuk mencari jalan untuk melambatkan penyelesaian, dalam masa yang sama kelihatan seolah-olah memberi sokongan kepada penyelesaian Eropah terhadap isu ini. Apabila sahaja rundingan-rundingan hampir sampai kepada penghujungnya, Amerika akan mengeluarkan kenyataan dengan amaran yang dirinya mempunyai segala pilihan untuk memanjangkan krisis.

Sebagai contoh pada 27 April 2007, dua hari selepas perjumpaan dengan Ali Larijani pada 25 April 2007, Javier Solana, wakil ketua polisi luar EU, meminta Washington untuk membuka segala saluran dan dialog untuk mencari penyelesaian dengan Tehran. Solana telah bercakap dengan Larijani dan menyarankan agar kedua-dua pihak menolak segala perbezaan dan mencari jalan tengah untuk menyelesaikan isu ini dengan kepercayaan yang baik. Namun Amerika membelakanginya dan mendesak Tehran menghentikan dahulu proses pengayaan uraniumnya sebagai pra-syarat untuk berunding walaupun mengetahui yang pengayaan uranium Iran masih lagi di bawah 5%, had yang ditetapkan untuk tujuan keamanan, sedangkan proses pengayaan uranium diperlukan untuk kegunaan ketenteraan adalah 97%. Inilah yang selalu disebut-sebut oleh Amerika iaitu ketakutan terhadap program nuklear Iran yang dikatakan untuk tujuan aplikasi ketenteraan. Ini menunjukkan Amerika sanggup menyulitkan keadaan demi untuk memastikan konflik ini terus hidup tanpa penyelesaian supaya dengan itu boleh mengeksploitasi suasana itu untuk mempertahankan kepentingannya di bawah :

1. Mengeksploitasi konflik nuklear dalam usaha untuk menimbulkan ketakutan di Timur Tengah. Keadaan ini akan membolehkan Amerika mengekalkan pangkalan-pangkalannya dan memastikan kapal-kapal pemusnahnya bergerak aktif di perairan negara teluk kononnya untuk menjaga keselamatan negara-negara Arab daripada ancaman Iran. Tetapi matlamat sebenar adalah untuk terus menguasai dan mengawal sumber minyak dan gas yang ada di Negara teluk demi memastikan aktiviti industrinya berjalan lancar. Telah dibuktikan simpanan petroleum mentah di kawasan ini adalah dalam sekitar 357 000 juta tong! Manakala potensi simpanan minyak sebenar adalah jauh lebih besar. Sumber pakar menyatakan untuk Arab Saudi sahaja terdapat lebih kurang 160 000 juta tong yang mana boleh membekalkan minyak paling kurang 50 tahun lagi dengan kadar pengeluaran semasa 13 juta tong sehari. Diketahui 3 negara pengeluar minyak utama dunia adalah di kawasan ini iaitu Arab Saudi, Iraq dan Iran. Ditambah pula dengan Kuwait dan negara-negara teluk yang lain, maka sudah pasti inilah sumber kekayaan utama dunia yang ingin dibolot oleh Amerika. Oleh itu tidak mengejutkan sejak dari dahulu lagi negara-negara barat bersaing antara satu sama lain untuk menguasai sumber tenaga yang berskala besar ini.
Inilah alasan sebenar mengapa mereka menghantar tentera-tentera, pakar-pakar, seterusnya membina pangkalan-pangkalan tentera dan menempatkan agen-agen mereka di kawasan ini.

2. Ingin membina sistem perisai pertahanan penangkis nuklear di Eropah timur (Poland dan Republic Czech) berdekatan Rusia yang sememangnya diketahui memiliki peluru berpandu balistik yang mampu mengenai Amerika. Amerika telah mengumumkan yang mereka sedang berusaha untuk menyebarkan sistem pertahanan untuk menangkis kemungkinan bahaya peluru berpandu Iran dan Korea Utara. Dalam hal ini, Rusia telah memberi respons dengan menyatakan adalah tidak mungkin peluru berpandu Iran dan Korea Utara boleh menyeberangi Eropah dan mengenai Amerika. Rusia sememangnya mengetahui sebenarnya pertahanan peluru Amerika itu adalah ditujukan kepadanya bukannya Iran yang sememangnya lemah tidak mungkin dapat berbuat demikian. Sergei Lavorov, Menteri Luar Rusia telah menyatakan amarannya pada 4 April 2007, negaranya akan sentiasa memerhatikan secara serius projek penangkis peluru berpandu itu dan akan mengkaji bahayanya terhadap Eropah secara keseluruhan. Malah dibuat amaran kali kedua dua minggu selepas itu pada 24 April 2007. Reaksi balas Moscow terhadap sikap berdiam diri Eropah terhadap program penangkis ini telah menyebabkan Putin mengumumkan akan membekukan segala perjanjian senjata konvensional di Eropah pada 26 April 2007. Pada masa yang sama, Rice menyatakan bahawa ketakutan Moscow terhadap cadangan sistem penangkis itu adalah pelik dan tidak berasas.

Beginilah caranya bagaimana Amerika mengeksploitasi konflik ini untuk kepentingannya. Sememangnya diketahui umum bahawa tiada kemungkinan ancaman nuklear daripada Iran pada masa hadapan, malah sekatan demi sekatan yang sudah dilakukan sekarang ini sudah pasti melemahkan lagi Iran. Amerika akan cuba bersandiwara dengan berusaha untuk mendapatkan penyelesaian melalui rundingan, namun kemudian apabila rundingan itu hampir kepada penyelesaian, maka ia akan mencipta satu halangan untuk menggagalkan rundingan tersebut.

Krisis nuklear Iran tidak mungkin berhubungan secara langsung dengan krisis nuklear Korea Utara, kerana Iran masih lagi di peringkat awal proses pengayaan uranium dalam had yang sesuai untuk kegunaan keamanan manakala Korea Utara adalah sebuah negara yang sudah pun memiliki senjata nuklear. Namun persamaan di antaranya adalah proses untuk mendapatkan penyelesaian kepada konflik sering diganggu halang oleh Amerika.

Amerika mahu memastikan konflik di kejiranan China ini sentiasa berpanjangan dan rumit dengan melibatkan Korea Utara dalam rundingan enam negara serantau yang berjiran. Inilah sebabnya Amerika menolak untuk menyertai dialog bilateral dengan Korea Utara. Untuk memanjangkan lagi konflik, adalah bertujuan untuk mengelak penyelesaian dan memastikan Korea Utara terus menerus menjadi sebuah negara nuklear, bukan negara yang non-nuklear. Itulah sebabnya setiap kali China hampir kepada penyelesaian, Amerika menghalangnya dengan alasan lain atau cara lain, sebagai contoh ketika mereka hampir kepada untuk menandatangani satu perjanjian yang akan memastikan Korea Utara menutup sebuah loji nuklearnya sebagai tukar ganti kepada bantuan Amerika, namun sebaliknya Amerika membekukan dana Korea Utara di bank Macau dan menghalangnya daripada dipindahkan ke Korea Utara. Sedangkan tarikh tamat untuk menutup lojinya berakhir pada 13 April 2007 tanpa Korea Utara menerima bantuannya. Oleh sebab itu krisis itu berlarutan tanpa proses penandatangan perjanjian dan Korea Utara berkeras tidak akan menghentikan program nuklearnya selagi tidak menerima bantuan yang dijanjikan.

Walaupun bantuan itu hanyalah sebanyak 25 juta dollar, jumlah yang cukup sebagai imbalan menutup sebuah loji nuklear, tetapi penangguhan masih berlaku sehinggalah Timbalan Menteri Luar Russia memberi komen pada 16 April 2007, “Amerika sengaja mengelak satu penyelesaian untuk isu nuklear Korea Utara dengan menghalang proses pemindahan dana dari Macau.” Akhirnya pada 26 April 207, seorang perunding antara Korea Utara yang berusaha untuk mengatasi konflik ini berjanji akan menyelesaikan pemindahan dana yang dibekukan di bank Delta Ajya Macau dalam masa seminggu.

Maka inilah yang dikatakan persamaan antara konflik nuklear Iran dan Korea Utara iaitu Amerika selalu menghalang perkembangan ke arah penyelesaian demi memastikan konflik itu sentiasa berterusan untuk kepentingannya.

FAKTOR – FAKTOR PENYEBABKAN KONFLIK ANTARA AMERIKA SYARIKAT DENGAN IRAN

A) Amerika Syarikat kekurangan sumber tenaga.

Amerika Syarikat bakal menghadapai krisis tenaga dalam masa 50 tahun akan datang. Simpanan yang ada kini tidak mencukupi bagi menampung keperluan negara dan industri. Antara sumber tenaga adalah minyak. Maka bagi memastikan ia mempunyai simpanan dan sumber tenaga yang cukup maka Amerika syarikat menggunakan dasar penjajahan alaf baru di mana negara – negara pengeluar minyak dunia yang kebanyakkannya adalah dari timur tengah menjadi sekutu rapatnya. Oleh kerana kelemahan pemimpin liga arab dan keselesaan hidup yang dialaminya menyebabkan Amerika Syarikat mewujudkan suasana yang menakutkan dikalangan liga arab. Negara – negara seperti Iraq, Iran dan Afganistan dilebel sebagi paksi kejahatan dan merosakan kestabilan negara – negara timur tengah. Amerika syarikat atas nama keamanan menawarkan khidmat dan bantuan dalam bentuk ketenteraan bagi menyekat negara – negara terbabit. Hal ini ditambahi dengan dasar luar Iran mula mengadakan hubungan yang baik dengan negara-negara seteru AS seperti Korea Utara, China, Rusia termasuk Pakistan sejak 1979.

Bagi negara – negara yang menjadi paksi kejahatan itu tadi akan dicabul kedaulatannya dengan senang hati kerana rakan liga Arab mendiamkan diri atas apa yang lakukan oleh Amerika itu adalah satu yang betul iaitu memerangi kejahatan. Maka masyarakat elit arab akan memuji keihklasan dan pengorbanan Amerika Syarikat. Maka segala apa yang hendak oleh Amerika akan diturui oleh rakan liga arab seperti minyak dan kos peperangan. Semenara negara yang dicerobohi itu tadi dicuri minyak dan hasil mineralnya secara senyap tanpa sekatan dan dakwaan. Iran adalah sebuah negara pengeluar minyak yang utama dunia dan apa yang paling utama ialah lautan Caspian di utara Iran adalah takongan minyak yang besar dan belum di terokai dengan giat. Adalah menjadi harapan agar Iran akan menjadi Iraq kedua bagi Amnerika syarikat dan segala keperluan tenaganya akan dipenuhi kelak

B) Iran berhasrat menguraikan dan mengayakan Uranium bagi memiliki tenaga nuklear.

Nuklear adalah satu sumber tenaga dan menjadi satu aset penting untuk industri dan pembangunan kawasan. Ianya bertindak sebagai penganti tenaga elektrik hidro terutama bagi Negara – Negara yang tiada sungai dan bergunung – ganang. Iran merupakan negara yang mempunyai uranium dan telah mempunyai teknologi mengurainya dan mengayakankannya. Hal ini membimbangkan Amerika sebagai kuasa besar kerana nuklear adalah satu lambang kekuatan dan kemajuan sesebuah negara. Iran pula mempunyai dasar hubungan yang konfrantasi dengan Amerika Syarikat dan tiada sebab untuk Amerika syarikat untuk bersangka baik terhadap usaha mengurai uranium oleh Iran. Ini pastinya menjadi satu sebab kepadanya untuk berusaha menentang dan menyekat Iran dari meneruskan projek meganya dengan menggunakan kuasa vetonya di Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB).

Russia pula telah menyatakan persetujuannya untuk memberikan bantuan teknikal dan khidmat nasihatnya dalam usaha mengurai dan mengayakan uranium. Hal ini menyebabkan Amerika bertambah curiga tujuan utama Iran serius untuk memiliki tenaga nuklear. Untuk memiliki tenaga nuklear sesebuah negara itu mesti memohon kebenaran dari PBB terutama Amerika Syarikat. Tujuannya adalah bagi mengawal aktiviti keganasan takut senjata nuklear jatuh ketangan pengganas dan boleh membawa kemusnahan kepada dunia. Sebelum terlambat adalah lebih baik Amerika Syarikat melakukan tindakan ketenteraan kepada Iran sebagai usaha mengagalkan usaha mereka itu.

C) Keselamatan Israel terancam

Israel ada sekutu rapat Amerika Syarikat yang berada di timur tengah. Sebuah negara dan bangsa yang menjadi anak emas Amerika Syarikat dan tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun. Hal ini menyebabkan Amerika syarikat berusaha menwujudkan zon selamat bagi Israel dengan menundukkan negara – negara yang arab yang memang benci dan tidak suka dengan kewujudkan negara Israel. Iran yang memang sejak dahulu lagi memusuhi Israel dan telah banyak melakukan tindakan ketenteraan malalui sokongan dari puak syiah dan Hasbullah di Selatan Labenon. Amerika syarikat tiada jalan lain melainkan menyerang Iran bagi melemahkan rangkaian yang ada dan menjamin keselamatan Israel.

Menurut penyelidikan CIA memang keupayaan peluru pandu Iran boleh sampai ke Israel dan ini amat membimbangkan Amerika Syarikat. Hal ini boleh menjadi satu ugutan kepada Amerika Syarikat agar jangan bermain api dengan Iran. Amerika syarikat mesti bertindak proaktif dengan menyerang dan melemahkan Iran sebelum sempat Israel disentuh. Hal ini juga boleh melemahkan semangat pejuang Syiah dan Hizbullah dan kemenangan kepada Amerika

D) Islam adalah pengganas dan perlu dilemahkan

Selepas peristiwa 11 September 2001, Islam berjaya digambarkan sebagai agama yang menggalakkan keganasan dan extrem. Maka atas nama mahu memberi keamanan kepada dunia maka, Amerika syarikat telah secara litrealnya menjadi polis dunia. Mana – mana negara yang menpunyai sejarah mempunyai hubungi dengan penganas maka dia adalah pengganas, lebih lebih lagi negara yang tidak mahu tunduk dengan kehendak Amerika syarikat dan mempunyai kekuatan nuklear. Negara Islam yang menpuyai kuasa nuklear adalah Iran serta Pakistan sahaja dan Pakistan telah berjaya dikuasai oleh Amerika sementara Iran memang sejak zaman revolusi 1979 lagi tiada hubungan dengan Amerika syarikat.

Tiada sebab untuk Amerika Syarikat mediamkan diri atas segala kemampuan yang ada pada Iran. Isu utama sebenarnya adalah Amerika syarikat tidak mahu ada negara Islam yang kuat dan mampu melawan kata Amerika syarikat. Amerika Syarikat adalah negara yang mejoriti beragama Kristian dan doktrin Kristian memang tidak mahu Islam bangun dan bangkit melalui apa – apa saluran pun. Faktor Iran adalah negara Islam menjadi isu yang besar mengapa Amerika Syarikat masti memgambil tindakkan ketenteraan segera, berbanding dengan Korea Utara yang terang – terang menunjukkan aktiviti nuklearnya tetapi dipandang sepi oleh Amerika syarikat lantara mereka bukan negara Islam.

E) Penggal kepimpinan presiden Bush akan berakhir.

Bush sedang menanti hari terakhirnya di white house.sehubungan dengan itu, atas nama polis dunia dia mesti melakukan sesuatu untuk dikenang oleh rakyat Amerika Syarikat dan dunia. Memang setiap presiden Amerika Syarikat mempunyai ego tersendiri. Apa yang bakal berlaku kepada duia dan negaranya tidak menjadi kisah yang penting dia berani malakukan satu yang besar dalam sejarah tamadun manusia. Menyerang Iran adalah menjadi idaman Bush setelah apa yang dilakukan oleh Iran ke atas warga Amerika syarikat semasa revolusi 1979 sebagai menebus maruah Amerika.

Isu kalah atau menang tidak mejadi soal pada masa ini kerana penggal presidennya hampir tamat. Persiden baru Amerika Syarikat lah yang akan menyambung usaha ini dan kemenangan dan kekalahan adalah menjadi tanggungjawabnya kelak. Yang paling penting Bush telah memulakan sesuatu keatas Iran

F) Peperangan adalah satu medan ujian senjata moden.

Setelah berjaya mengalahkan Saddam Hussien dan tamat peperangan di Iraq pada 2003 tiada berlaku peperangan yang besar dan belanja besar. Sedah lima tahun dunia tanpa peperang yang besar. Industri senjata dan penyelididkan dan pembangunan perswenjataan sudah lama tida diuji secara sebenar.

Iran adalah satu medan tempur seterusnya bagi menguji kecanggihan dan kehebatan dunia persenjataan. Syarikat – syarikat persenjataan melobi dan memerlukan peperangan sebagai satu ”evant” menunjukkan kecanggihan penyelidikan mereka. Memandangkan syarikat – syarikat dipunyai oleh pemodal – pemodal kempen pilihanraya dan pemikir – pemikir rumah putih, maka Amerika akan tunduk dengan kehendak mereka. Amerika menyediakan sumber manusia (tentera) dan syarikat menyediakan senjata sememtara Iran menjadi bahan ujinya.

Tanpa peperangan maka perniagaan tidak berjalan dan tiada keuntungan seterusnya kerugian akan melanda syarikat. Syarikat tiada kuasa untuk mencetuskan peperangan tetapi Amerika akan menjadi proksi yang utama kerana hanya Amerika syarikat sahaja mampu mencetuskan peperangan dengan sesiapa sahaja yang ia mahu. Iarn adalah regu untuk kali ini.

KESAN BURUK SEKIRANYA IRAN DISERANG AMERIKA SYARIKAT

A) Masyarakat dunia hilang kepercayaan kepada Amerika.

Peperangan ini akan membawa satu pandangan berbeza masyarakat dunia kepada Amerika. Jika di Iraq alasan membebaskan kuwait boleh digunakan. Jika di Afghanistan alasan memburu Osama boleh digunakan, maka apakah alasan Amerika untuk menyerang Iran. Pasukan pemeriksan senjata telah mengesahkan bahawa tiada kegiatan mengurai uranium berlaku dan logi nuklear tersebut memang bukan untuk membina senjata nuklear. Justru sanggupkah Amerika menyatakan bahawa bahawa Iran adalah paksi kejahatan dan bercita- cita memiliki senjata nuklear saja boleh dikenakan tindakkan ketenteraan. Bagaimana pula dengan Korea utara yang memang terang – terang menguji senjata nuklearnya dikhalayak dunia.

Yakinlah masyarakat dunia akan bertambah benci dan gerakan anti Amerika akan berlaku diseluruh dunia. Walaupun mungkin PBB takut mengambil tindakkan, tetapi jaringan alQaeda akan menganggu semua kepentingan Amerika syarikat diseluruh dunia dan akhirnya seluruh dunia tidak aman

Ketua Pengarah IAEA, Mohamed El- Baradei pada 21 September lalu mengeluarkan kenyataan bahawa Iran bukan sebuah negara yang mampu memberi ancaman walaupun 'dunia ketika ini resah' dengan program nuklear negara itu. Manakala di pihak Amerika Syarikat pula, sentimen anti Amerika Syarikat di seluruh dunia akan meningkat. Dijangkakan juga bahawa serangan-serangan terhadap kepentingan Amerika Syarikat juga akan meningkat secara mendadak di seluruh dunia. Secara tidak langsung serangan juga akan berlaku di wilayah-wilayah Amerika Syarikat jika ianya berlaku. Kemungkinan risiko penggunaan serangan skala mass destruction juga meningkat di Amerika tidak boleh dipertikaikan.

B) Krisis kemanusiaan akan timbul.

Apabila peperangan berlaku, rakyat awam terpaksa melarikan diri ketempat selamat. Mereka akan menjadi pelarian di negara sendiri dan di negara jiran. Krisis kemusiaan akan berlaku dan masalah – masalah akan berlaku dan dokongsikan diseluruh dunia. Pelarian yang sedia ada sudah cukup tidak terkawal bagaimana mahu menguruskan satu lagi kumpulan pelarian yang berjuta –juta bilangannya.

Pelarian yang ada pada hari ini terdiri daripada pelarian Iraq, Myammar, Aghanistan, Palestian, dan negara – negara mundur dan bergolak. Yang sedia ada inipun PBB tidak mampu uruskan, bagaimana pula jika peperang ini berlaku

Yang pasti kini medan pertempuran semakin meluas yang juga akan melibatkan negara-negara Eropah , Rusia , China dan mungkin juga Pakistan yang sudah berjaya memiliki senjata Nuklear. Pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia pasti akan bersatu untuk berhadapan pada krisis kali ini. Persengketaan antara Sunni dan Syiah yang diwar-warkan oleh propaganda Barat pasti akan bersatu dalam satu saf yang kukuh dan bersatu. Perpecahan pada krisis ini akan menyebabkan kini umat Islam yang sudah kehilangan negara yang bersedia berhadapan dengan keangkuhan Amerika dan Israel tidak mempunyai tempat perlindungan. Oleh itu pasti kesatuan Islam yang sebenar akan ditonjolkan pada krisis kali ini.

C) Askar Amerika ramai terkorban, Rakyat Amerika memberontak.

Kematian tentera Amerika di Afghanistan dan Iraq sudah mencecah puluhan ribu, walaupun mereka mendakwa bahawa mereka menang dalam pertempuran. setiap hari ada sahaja askar yang mati. Jika peperangan ini berlaku sudah barang pasti bertambahlah korban tentera Amerika. Ibubapa tentera simpanan Amerika pastinya akan menghalang proses penghantaran tentara di Iran. Ini kerana sejarah 1979 menunjukkan Amerika gagal dan tewas dalam cubaan menceroboh Iran dalam usaha menyelamatkan tahanan warganya di Iran.

Iran adalah sebuah negara berfahaman syiah dan fahaman syiah menyatakan Jihad adalah satu yang mesti dilakukan oleh umat Islam. Jihad di sini merujuk kepada semangat untuk mati kerana agama, bangsa dan negara. Tentera Amerika akan berdepan dengan tentera yang sudah bersedia untuk mati dan suka kepada kematian. Bayangkan kematian yang akan terhasil dalam peperangan ini

D) Sejarah Islam akan musnah

Iran adalah kota kegemilangan Islam banyak sejarah dan peninggalkan serjana Islam ada di Iran. Jika peperangan berlaku kemusnahan akan melanda kepada semua bahan peninggalan tamadun Islam ini. Lihat apa sudah jadi apabila tentera Moghul melanggar kota Baghdad, semua khazanah sarjana islam musnah dan beralih tangan. Bagaimana pula tamadun Islam di Kordovo Sepanyol apabila tentera Salib berjaya menawannya dahulu. Dan yang terhampir, adalah ada sendikit membawa lari atifak – atifak sejarah islam apabila Amerika menawan Baghdad pada 2003.

Secara tidak langsung peperangan ini juga kan menyebab tamdun Islam musnah tanpa bahan bukti. Dan umat Islam akan bertambah malang setelah apa yang berlaku di Kordova dan Baghdad. ''Bayangkan kalau Mongol tidak menyerang Baghdad, mungkin khazanah kitab yang berganda-ganda jumlahnya dapat diselamatkan dan keadaan peradaban manusia hari ini tentunya berbeza. ''Apa pula akan berlalu sekiranya Jerman tidak dihujani bom semasa Perang Dunia Kedua? Tentunya banyak khazanah manuskrip yang dapat diselamatkan,'' kata beliau sebelum menambah, kajian daripadanya mampu mengubah perjalanan tamadun. Jika perang Balkan tidak meletus, manuskrip Bosnia-Herzegovina bertulisan Arab dapat diselamatkan, kata seorang teman yang berasal dari Yugoslavia tetapi enggan dikenali. Bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu turut mengakui bahawa sejarah di rantau berkenaan juga pasti berubah jika tiada perang di Balkan.

E) Pencemaran alam dan kemusnahan dunia

Dalam peperangan biasanya pertimbangan kemanusiaan dan tanggungjawab alam sekitar akan menjadi nombor dua dan yang paling utama adalah kemenangan. Justeru apakah peperangan ini tidak akan menyumbang kepada pencemaran alam dan kemusnahan alam semulajadi. Semua peluru dan bom adalah dari bahan kimia dan setiap ledakkan akan penyumbang kepada pemcemaran udara dan alam sekitar.

Cuba kita bayangkan seandianya Iran menggunakan senjata kimia atau biologi, ini pasti menggundang bahaya yang lebih dahsyat lebih – lebih lagi jika memang sebenarnya senjata nuklearnya sudah sedia dan digunakan bagi mengajar keangkuhan Amerika Syarikat dan Amerika juga menggunakannya bagi menyerang balas. Inilah berakhir dunia kita

Apakah taktik ini juga akan dilakukan juga kerana pihak Iran sudah menjangkakan senario ini akan berlaku ?. Bila serangan ini berlaku tindak balas daripada pihak Iran juga adalah amat tinggi. Kemampuan peluru berpandu Iran iaitu Shahab-3 yang boleh mencapai sasaran sehingga ke Israel dan Eropah menjadi pilihan Iran untuk bertindak balas. Pihak Hezbollah juga akan melancarkan serangan roket bertali arus ke wilayah-wilayah Israel dan juga menghadapi tentangan di pihak pejuang-pejuang Palestin.

Bagaimana pula jika penggunaan senjata nuklear dalam peperangan ini. Untuk senario dan peperangan nuklear ini berlaku juga tidak dapat dipertikaikan. Ianya samada pihak Amerika Syarikat sendiri yang memulakan serangan nuklear atau tindak balas Iran terhadap Israel dan Amerika. Kesan penggunaan daripada senjata nuklear ini adalah besar kemusnahannya malahan boleh dirasai sehingga beberapa generasi dan meliputi kawasan yang luas. Kemusnahan ini meliputi kawasan pertanian,sumber air dan makana yang boleh menyebabkan krisis kebuluran makanan pada masa hadapan.

F) Harga minyak akan melambung

Kesan daripada serangan ini maka harga minyak global akan meningkat pada satu aras yang paling merumitkan. Hal ini akan berpanjangan jika kawasan peperangan semakin meluas yang melibatkan kepada negara-negara pengeluar minyak utama yang juga boleh sama terlibat dalam krisis ini. Ini akan menyebabkan suasana panik kepada seluruh negara pengguna minyak di mana boleh melepasi aras USD200 segelen. Ini akan menyebabkan impak yang menyeluruh kepada keseluruhan iklim ekonomi dunia.

Jika peperangan berlaku antara Amerika dan Iran sudah pastinya iran tidak dapat menjual minyaknya dan stok minyak dunia akan berkurangan. Apabila stok minyak berkurangan dan permintaan banyak, harga akan melambung tinggi. Minyak yang menjadi satu bahan bakar utama dunia akan memberikan kepada semua penduduk dunia dan negara – negara membangun. Semua keperluan asas kehidupan adalah bergantung dengan minyak. Jika harga minyak niak maka kos bahan mentah juga akan naik dan dunia akan menyaksikan kenaikan harga barang mentah dalam keadaan sekarang krisis makan sedang melanda dunia. Cuba kita bayangkan keadaan dunia jika peperangan ini berlaku. Negara maju akan bertambah susah dan negara – negara yang miskin terus merana dan kemungkinan bangkrup.

KESIMPULAN


kemungkinan Amerika menyerang Iran adalah amat tipis. Peluang Amerika untuk menyerang Iran amatlah tipis untuk menyelesaikan konflik tersebut dan tidak mungkin kerana terdapat beberapa faktor yang menghalang. Situasi dalaman Amerika selepas kemenangan Demokrat, peningkatan bilangan tentera Amerika yang mati di Iraq dengan lebih banyak mayat dibawa pulang, situasi serantau (keadaan yang memalukan di Afghanistan dan Iraq) dan global yang menghalang untuk menyerang Iraq adalah antara halangan-halangan utama. Malah, keupayaan Iran sekarang juga mampu menyerang kepentingan-kepentingan Amerika di Timur Tengah. Kenyataan-kenyataan rasmi Amerika jelas menguatkan lagi pendapat ini.

Pada 29 Januari 2007, Bush telah berkata, “Bagaimana seorang itu boleh berkata tentera Amerika dan kepentingan kita tidak dapat dipertahankan melainkan dengan melakukan serangan terhadap Iran”.

Setiausaha Pertahanan Amerika pada 3 Februari 2007 telah berkata, “Kita tidak merancang perang ke atas Iran”.

Pada 5 April 2007, komander baru kepada Pemerintah Ketenteraan Pusat, Panglima William Falon yang menggantikan John Abizaid, menolak kemugkinan serangan ke atas Iran dengan berkata, “Kita sudah mempunyai masalah yang banyak di Iraq”. Ini dinyatakannya sewaktu bertemu Presiden Mesir Hosni Mubarak di Sharm el-Sheikh.

Pada 17 April 2007, ketua Operasi Tentera Laut Amerika Michael Moulin berkata yang Amerika tidak mempunyai perancangan untuk menyerang Iran dan menegaskan misi penguatan ketenteraan di Iraq adalah untuk tujuan menjaga keamanan di rantau itu.

Satu serangan Amerika ke atas Iran adalah satu perkara yang tidak mungkin berlaku melihat kepada fakta-fakta serantau dan antarabangsa yang telah dijelaskan, perkembangan global hubungan ‘vis-a-vis’ dan kepentingan yang berubah-ubah bergantung kepada realiti semasa. Dengan ini jelas Amerika cukup licik bersandiwara di sebalik isu nuklear Iran ini.

Comments

Popular posts from this blog

80% PELAJAR TAMAT TAHFIZ TIADA SPM? BETUL KE