Posts

Showing posts from June, 2013

POWER ON YOUR INTUITION

Image
POWER ON YOUR INTUITION INTUISI ADA KEBOLEHAN YANG BOLEH DILATIH UNTUK MEMILKINYA, BANYAK KEGUNAAN YANG KITA BOLEH PEROLEHI DENGANYA, UNTUK KESIHATAN, PERNIAGAAN , PENDIDIKAN DAN KEPIMPINAN.

TURKI OH TURKI.....

Image
Turki: Saksi Kemuncak Pertembungan Politik Islam & Sekularisme? Pengalaman politik Turki semasa boleh dikatakan sebagai sebuah uji kaji bagi mengenal pasti sejauh mana keupayaan politik Islam membina tahap kesalingan hubungan antara prinsi p Islamisme yang menjadi neraca perjuangannya dengan ideologi sekularisme yang sudah mengakar dalam pemikiran dan nilai kehidupan masyarakat Turki sekian lama. Dalam erti kata lain, pengalaman politik di Turki menarik perhatian kerana uji kaji ini nanti pada akhir prosesnya yang ketika ini masih lagi berkembang bakal menatijahkan kelahiran sebuah model atau sintesis pemikiran politik Islam yang bercorak baru yang kini dirujuk dalam kerangka wacana yang dinamakan pasca Islamisme. Uji kaji bagi membina kesalingan hubungan dan penyesuaian antara Islamisme dan sekularisme di Turki ini terus terjadi menerusi prosesnya yang dinamik. Ia dilangsungkan menerusi pendekatan politik, ekonomi dan budaya oleh Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) s

Saaban dan kelebihannya

Image
Fadhilat Bulan Sya'ban Written by Faruq Jamil Al-Jarumi    Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda. Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api n