Posts

Showing posts from January, 2015

APA ADA PADA UMUR 40 TAHUN

Image
Sempena genap umur pengendali Blog ini 40 tahun,   Assalamu’alaikum, Untuk bacaan warga 40an. Bila ada persoalan tentang umur 40 tahun manusia, saya terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa sebelum ini. Bila saya cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pad a umur ini barulah fikir tentang masa depan. Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman, حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ "Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk m

AMALAN KUAT INGATAN

Image
AMALAN MENGUATKAN INGATAN Saidina Ali Bin Abi Tolib RA pada suatu hari telah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang kesukarannya untuk menghafal al-quran dengan baik. Lantaran itu, Rasulullah SAW mengajarnya agar melaksanakan solat sunat 4 rakaat dan membaca surah-surah tertentu pada setiap rakaat. Kemudian diikuti dengan doa meminta kepada Allah SWT agar membuka pintu hati  bagi mempermudahkan hafazan. Rasulullah SAW menyatakan kepadanya dengan mafhumnya: Laksanakanlah ia sebanyak 3 kali, 5 kali, atau 7 kali pada setiap malam-malam jumaat secara berturut-turut, nescaya tidak akan tersilap barang sedikitpun (ketika menghafalnya). Amalan ini dikenali juga dengan Solat Hifzi Quran. Imam Daruqutni ketika meriwayatkan hadith di atas menyatakan solat sunat hifzi quran lebih elok jika dilaksanakan pada sepertiga akhir malam jumaat. Berikut adalah kaedah solat sunat hifzi quran seperti yang dinyatakan oleh Ali Al-Qari di dalam kitabnya, Mirqaat Al-mafatih Syarah Mishkaat Al-Masobih, bab At-