Posts

Showing posts from September, 2011

In The Name Of Allah

Image
In The Name Of Allah, the most Beneficent, the most Gracious, the most Merciful! Rasulullah S.A.W. said, "If you read the kalima (syahadah) with conviction just once, Jannah becomes upon you." Rasulullah S.A.W. said, "A women who reveals her body or even wears tight fitting clothes wont come within 500 years of the smell of Jannah.“ Rasulullah S.A.W. said, "The dust which settles on a man while he is out in the path of Allah; not only the fire, but the smoke of Jahannam is haraam for those parts of the body.“ Rasulullah S.A.W. said, "I only curse 3 types of people:- Those people who do not look after their parents when they are in old age. Those people who do not take full advantage of the blessed month of Ramadan. Those people who do not say, 'Salallahu -Alayhay- Wa-Aalahay Wasallam' when my name is mentioned.“ Rasulullah S.A.W said, "An intelligent person is one who is constan

HAMBA ALLAH....?

Image
Hamba Allah Pernah Sayyidina Umar bin Khattab r.a. ketika berziarah ke rumah Baginda, merasa terharu menyaksikan seorang kekasih Allah S.W.T sedang berbaring di atas tikar yang merupakan susunan pelepah-pelepah kurma. Nampak bekas jalur tikar ditubuhnya. Di dalam rumah baginda yang penuh barakah itu tidak ternampak peralatan lambang kemewahan, hanya ada almari yang berisi segantang gandum kasar. Kemudian Sayyidina Umar r.a. menangis di hadapan Nabi Muhammad s.a.w.. Rasulullah s.a.w. pun bertanya, “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Umar?” “Aku melihat para Kaisar dan Kisra serta raja-raja lain tidur di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur beralaskan tikar seperti ini,” jawab Sayyidina Umar. “Wahai Umar, tidakkah engkau sependapat denganku. Kita lebih suka memilih kebahagian di akhirat sedang mereka memilih dunia.” Itulah jawapan seorang hamba Tuhan. Luluhlah hati Sayyidina Umar mendengar jawapan daripada Rasulullah s.a.w. itu. Be

MOTIVASI MINGGU INI

Image
Cermin Diri 1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri. 2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi. 3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan. 4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin. 5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. 6. Orang yang sud

JAWAB BIAR TERANG DAN JELAS

Image
Jawapan Yang Membawa Kepada Syirik Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam. Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah. Bila kaum Cina yang beragam Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar. Anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita.... "Uncle sebelah buat apa tu Abah?" dan secara amnya, kita akan menjawab... "dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia" jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik.... Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" tetapi apabila kita memberikan jawaban ... "dia tengah sembah tuhan dia" kita menggambarkan pada anak kitra bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH, kita memberi gambaran pada anak kita