Posts

Showing posts from January, 2013

KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

Image
Hadis ke - 2 KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN Hadith ke 2  tentang Peristiwa Akhir Zaman Ertinya: Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". H.R. Bukhari Muslimi Keterangan Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di

TAQWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMTAN DI AKHIR ZAMAN

Image
TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN Hadith ke 1 : tentang Peristiwa Akhir Zaman Ertinya: Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi g

PASTIKAN KERETA MENYARA KITA

Image
gambar hiasan Kesempatan tengahari berbual dengan rakan bisnes. seorang lepasan Mesar yang otak bisnes. dia manyatakan "anta kena pastikan jangan sampai kita berhabisan duit buat bayar kereta. biar kereta yang menyara kita, lanyak betul betul kereta itu jangan sayang sangat' Kini beliau mempunyai 7 kereta yang digunakan untuk buat sewa kereta 3 daripadanya kereta mewah. bahkan 20 kereta kepunyaan orang perseorangan yang digunakan secara usahasama. Kadang - kadang terfikir juga, sahabat ni baru mencecah umur 30 tahun, aku nie baru mencecah umur 40 tahun, berhempas pulas melepaskan diri dari belengu hutang, tapi anak muda ini stady aje. hemm. untungnya mereka yang menggunakan otak kurniaan Allah untuk kehidupan mereka. kadang kadang terfikir juga kenapa anak muda lepasan U banyak menggangur, sibuk hantar resume minta jadi hamba orang. sedangkan potensi pada diri lagi hebat dari resume.... merenung panjnaggg.

ADAB BERBEZA PENDAPAT

Image
Selepas kuliah, sambil minum minum dengan Jemaah, tiba-  tiba saya di soal. Ustaz bila islam akan bangkit sampai sekarang masih berpecah? Dr Taha Jabir semasa saya ke Mesir 2010 saya mengulas, untuk bersatu dan menjadi satu adalah mustahil, Ingat Doa Nabi yang Allah tangguhkan kabulnya iaitu umat Islam akan bersatu sehingga akhir zaman. Apa yang penting adab - adab berbeza pandang dalam Islam. adakah kita menjaga adab adab kita dalam berbeza pandangan dengan rakan - rakan. cuba baca buku "adabul ikhtilaf fi Islam" karangan Taha Jabir. batasan mana kita boleh berbeza pandangan dan batasan mana kita mesti tegas. kita kena ingat sunnahtullahnya prasyarat hari Qiamat adalah, akan berlakunya pecah belah dan kerosakkan yang parah dalam umat manusia. jika kita bersatu tanpa masalah maknanya Qiamat amat jauh lagi. maka ingatlah kita segala kerosakan umat dan perpecahan umat adalah memberi makna Qiamat sudah terlalu hampir. Daripada kita terlalu sibuk berbeza pendapat mar

JONGKONG EMAS PENDINDING RUMAH

Image
senyum kambing... di awal pagi Semalam semasa selepas kuliah, ada jemaah bertanya tentang kegunaan jongkong emas untuk menghalau jin dan pendinding rumah, apa komen ustaz? saya jawab : wah, saya ingat sekarang orang beli emas untuk pelaburan, ada yang guna untuk perawatan juga, jemaah itu berkata : menurut jiran saya itu, emas itu tidak boleh dijual, kalau dijual ia akan menjadi hitam... saya kata: hemm, nampaknya ini sudah masuk isu kurafat. prinsipnya begini, jika tuan punya jongkong emas menjadikan emas itu pendinding dan ia yakin ada kuasa pada jongkong emas itu untuk menghalau jin, maka itu sudah syirik, sebab keyakian terhadap adanya kuasa lain selain Allah. ingat yang berkuasa hanya Allah nak halau atau panggil jin. apa apa bentuk perantaran hanya simbol sahaja yang sebenarnya Allah yang mengizinkan semuanya terjadi. masyarakat kita semakin moden tapi pemikiran semakin kebelakang. "teringat kuliah di Pasir Pelangi : kerja utama kita hari ini untuk membentuk p

MENGAPA KITA MENGHARAP

Image
sebagai manusia normal, pastinya kita mahukan sesuatu yang baik untuk diri kita, harap Allah menunaikan harapan kita. bagaimanakah kita mnegharap.. Adakah kita bersungguh-sungguh atau sekadar mengharap sahaja. gambar hiasan hendak seribu daya tak nak seribu dalih.. tanyalah diri sendiri.. Maka, selarikan harapan anda dengan usaha ikhtiar anda.

SBB2013

bila join grop Blogger nie, memang ada kehebatan mereka, tahniah atas usaha kalian. terbuka minda saya juga. nampak satu jalan usaha dakwah baru

AURASHIFA MALAYSIA

Image
AurAshifa adalah satu sistem program latihan dan perawatan yang sudah berpengalaman lebih dari dua puluh tahun dan telah berjaya menggabungkan konsep-konsep barat yang sangat saintifik seperti konsep Hypnosis dan Hypnotherapy, NLP dengan konsep konsep Spiritual, Esoteris dan Intuisi seterusnya diikat dengan disiplin Ilmu Islam untuk membentuk sikap dan   mindset manusia dalam proses menggembalikannya kepada fitrah dan pembangunan organisasi CORETAN PENGALAMAN PESERTA AURASHIFA SITUASI 1: PENULIS dihipnosis oleh Pak Rahmat dan diberitahu tidak akan mampu bangun daripada kerusi yang diduduki. Kata Pak Rahmat, semakin penulis berusaha untuk bangun, badan menjadi semakin berat. Memang itu yang penulis rasakan. Biarpun beberapa kali mencuba, namun tetap gagal. Semakin kuat dicuba, badan semakin berat. Penulis bukan tidak sedarkan diri, sebaliknya mampu turut ketawa selepas diketawakan peserta lain kerana gagal bangun darip