Saturday, January 30, 2010

MEMBINA KECERDASAN ORGANISASI (OQ)

Kecerdasan Organisasi (OQ)

Apakah yang kita faham tentang kecerdasan organisasi (OQ), walaupun istilah dan teori ini dikatakan telah ditemui oleh orang barat saya tetap menyatakan ia adalah istilah lama yang diungkap kembali.

setelah membaca beberapa makalah berkaitannya, saya simpulkan ia adalah berkaitan amal jamaie dan team work serta membina rasa keterpunyaan diri kepada sesebuah organisasi. Dalam Islam ini telah lama di bahaskan dan ianya adalah satu kebiasaan dalam jiwa umat Islam. itulah yang dipanggil : ukhuwah, Jihad dan pengorbanan.

kita sayangkan Islam maka sebagai tanda sayang kita kepada Islam, kita akan buat apa sahaja untuk Islam. itu tanda kita sayang kepada Islam memastikan kemuliaannya terjaga dan syariat terpeliharan dan diamalkan.

ukuran OQ yang tinggi kepada institusi Agama Islam adalah sejauhmana kita berupaya mempertahankannya dan mengangkat martabatnya.

wassalam

No comments: