Monday, August 8, 2011

LAFAZ MEMUJI ALLAH PADA TEMPAT YANG BETUL


Lafaz “MasyaAllah”


Kadang-kadang kita terpengaruh dengan movie, terutama cerita P Ramlee yang banyak menggunakan
"masyaallah" dalam situasi yang silap.

Didapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar-gambar menjolok mata atau bila anak2 kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG. Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak-kanak yg comel, ketika
menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

moga ada manfaatnya, supaya kita buat sesutau yang betul dengan cara yang betul.

No comments: