ADAB BERBEZA PENDAPAT

Selepas kuliah, sambil minum minum dengan Jemaah, tiba-  tiba saya di soal. Ustaz bila islam akan bangkit sampai sekarang masih berpecah?

Dr Taha Jabir semasa saya ke Mesir 2010

saya mengulas, untuk bersatu dan menjadi satu adalah mustahil, Ingat Doa Nabi yang Allah tangguhkan kabulnya iaitu umat Islam akan bersatu sehingga akhir zaman. Apa yang penting adab - adab berbeza pandang dalam Islam. adakah kita menjaga adab adab kita dalam berbeza pandangan dengan rakan - rakan.

cuba baca buku "adabul ikhtilaf fi Islam" karangan Taha Jabir. batasan mana kita boleh berbeza pandangan dan batasan mana kita mesti tegas.

kita kena ingat sunnahtullahnya prasyarat hari Qiamat adalah, akan berlakunya pecah belah dan kerosakkan yang parah dalam umat manusia. jika kita bersatu tanpa masalah maknanya Qiamat amat jauh lagi. maka ingatlah kita segala kerosakan umat dan perpecahan umat adalah memberi makna Qiamat sudah terlalu hampir. Daripada kita terlalu sibuk berbeza pendapat marilah kita mempersiapkan diri untuk berdepan dengan sistem dajjal, seterusnya mati dalam keimanan dan Islam.

kesimpulannya adakah kita sudah bersedia untuk berlapang dada dan menangani perbezaan pandangan.

Jemaah tersebut tersenyum.. sahaja

Comments

Popular posts from this blog

80% PELAJAR TAMAT TAHFIZ TIADA SPM? BETUL KE