JONGKONG EMAS PENDINDING RUMAH

senyum kambing... di awal pagi

Semalam semasa selepas kuliah, ada jemaah bertanya tentang kegunaan jongkong emas untuk menghalau jin dan pendinding rumah, apa komen ustaz?

saya jawab : wah, saya ingat sekarang orang beli emas untuk pelaburan, ada yang guna untuk perawatan juga,

jemaah itu berkata : menurut jiran saya itu, emas itu tidak boleh dijual, kalau dijual ia akan menjadi hitam...

saya kata: hemm, nampaknya ini sudah masuk isu kurafat. prinsipnya begini, jika tuan punya jongkong emas menjadikan emas itu pendinding dan ia yakin ada kuasa pada jongkong emas itu untuk menghalau jin, maka itu sudah syirik, sebab keyakian terhadap adanya kuasa lain selain Allah. ingat yang berkuasa hanya Allah nak halau atau panggil jin. apa apa bentuk perantaran hanya simbol sahaja yang sebenarnya Allah yang mengizinkan semuanya terjadi.

masyarakat kita semakin moden tapi pemikiran semakin kebelakang.

"teringat kuliah di Pasir Pelangi : kerja utama kita hari ini untuk membentuk pemikiran masyarakat ; buruk baik sesebuah masyarakat amat tergantung dengan cara mereka berfikir.

banyakkan kita berdoa :

:تقول : اَللّـهُمَّ اِنّي اَعُوذُ بِكَ مِنْ نَفْس لا تَشْبَعُ وَمِنْ قَلْب لا يَخْشَعُ وَمِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ وِ مِنْ صلاةٍ لا تُرْفَعُ وَمِنْ دُعآءٍ لا يُسْمَعُ اَللّـهُمَّ اِنّي أَسْأَلُكَ الْيُسْرَ بَعْدَ الْعُسْرِ وَالْفَرَجَ بَعْدَ الْكَرْبِ وَالرَّخاءَ بَعْدَ الشِّدَّةِ اَللّـهُمَّ ما بِنا مِنْ نِعْمَة فَمِنْكَ لا اِلـهَ اِلاّ اَنْتَ اَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوبُ اَلِيْكَ .

Comments

Popular posts from this blog

80% PELAJAR TAMAT TAHFIZ TIADA SPM? BETUL KE