DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG




DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG
Hadith ke 12 : Tentang Peristiwa Akhir Zaman

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".
H.R. Baihaqi


Keterangan

Benar sekali sabda Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kema'siatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran mereka.

kadang kadang kerana kesempitan kita mencuri harta pejabat untuk keluarga, menggunakan kenderaan pejabat kerana keperluan keluarga (tanpa ikut prosuder). sanggup berhutang dengan sistem riba untuk menunjukkan kemewahan kerana nak jaga nama isteri. atau lebih tepat malas nak layak kerenah anak, isteri dan keluarga serta nak puaskan hati mereka bahawa kita boleh maka kita sanggup melakukan kemungkaran. kadang kadang kita tahu yang kita lakukan itu salah dan tujuan kita buat salah supaya anak dan isteri sedar.. rupa rupanya memperbodohkan diri sendiri, rugi 1000X rugi. 

para suami atau sesiapa sahaja tegap teguhlah dengan prinsip agama walau badai melanda


dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa

Comments

Popular posts from this blog

80% PELAJAR TAMAT TAHFIZ TIADA SPM? BETUL KE