HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT
HADITH KE 18 : Tentang Peristiwa Akhir Zaman
Ertinya:
Daripada Umar bin al-Khattab
r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada
RasululIah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?".
Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui
daripada orang yang bertanya". Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau
begitu cuba
khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab,
"Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan
tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala
kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan".
|
Keterangan
Di antara tanda qiamat ialah,
bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang
kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini
adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian
yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakan simbolik kepada
suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya.
Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan
yang sebenarnya jahat dikatakan baik. ia juga boleh diertikan anak yang derhaka kepada ibubapanya.
Tanda kedua pula bilamana orang yang
tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut
dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang
tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang
dimaksudkan adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya
dengan mengejut sehingga yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut
, tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membuat bangunan yang indah-indah
dan sangat mewah. kalau dalam suasana hari dalam masyarakat kita, semua mengejar kemewahan dunia sehingga sanggup menggunakan apa yang sedia ada untuk mengabdikan diri kepada Allah. akhirnya semua tidak tercapai. |
Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di
susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita
bersama. Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar
dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang
yang bertakwa
Comments