HARTA RIBA' WUJUD DI MERATA TEMPAT



Hadith Ke 15 : Peristiwa Akhir Zaman
"harta riba wujud di merata tempat"
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya".
H.R. Ibnu Majah
Keterangan
Hadis sabdaan Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini. institusi riba berleluasa di semua tempat tanpa halangan bahkan ada akta yang melindungi kegiatan haram ini. iklan disana sini berkaitan pinjaman yang berasaskan riba dipasang tanpa ada rasa bersalah, bahkan ramai orang islam terpaksa berurusan dengan sistem riba kerana tekanan hidup atau tuntutan kehidupan

yang lebih malang lagi pinjaman berasaskan riba juga digunakan untuk pendidikan, perkahwinan dan menunaikan ibadah. moga kita bersedia untuk berprinsip dalam memastikan kita tidak terlibat dengan riba

dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan kita menjadi insan bertaqwa

Comments

Popular posts from this blog

80% PELAJAR TAMAT TAHFIZ TIADA SPM? BETUL KE