MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI



MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI
hadith ke 26 : peristiwa Akhir Zaman

Ertinya:

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: "Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat".
H.R.Baihaqi
Keterangan
Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.

hampir semua negara negera Islam Allah kurniakan hasil bumi yang cukup berharga. tetapi oleh kerana perpecahan, peperangan saudara, penjajahan dan perebuatn kausa maka hasil bumi itu dikaut oleh orang bukan ISlam atau orang yang zalim. ini bukti yang cukup jelas bahawa kita sudah di ambang qiamat. Allah yang maha mengetahui



dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa

Comments

Popular posts from this blog

80% PELAJAR TAMAT TAHFIZ TIADA SPM? BETUL KE