Tuesday, February 12, 2013

SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUAN




SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUAN
hadits ke 17 : tentang peristiwa akhir zaman
Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan."
H.R. Bukhari Muslim
Keterangan
Nabi kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.
Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki.
Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki


dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa

1 comment:

Ben Maarof said...

Ini adalah tidak benar sama sekali. Mengikut statistiks, lelaki lebih ramai di dunia.


Fakta :
Lelaki lebih ramai daripada perempuan di Malaysia menurut Jabatan Perangkaan Malaysia
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?lang=bm
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wanitabanyakpilihan/Article/

Lelaki lebih ramai daripada perempuan di dunia menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
http://www.geohive.com/earth/pop_gender.aspx