KEHIDUPAN HARIAN IMAM ASY-SHAFI'I
KEHIDUPAN HARIAN
IMAM ASY-SHAFI’I R.A
Kehidupan harian orang besar seperti Imam
Asy-Shafi’i r.a. adalah penting dan perlu kita ketahui dan hayati. Dengan
mengkaji latarbelakang insan mulia ini, dapatlah kita menilai keperibadian diri
kita sendiri dengan cerminnya Imam Besar ini. Kita akan menjadi insan yang
berilmu dan berdisiplin kerana Imam Asy-Shafi’i r.a. mengutamakan ilmu dan
disiplin dalam kehidupan hariannya.
Persoalannya, siapa Imam Asy-Shafi’i r.a.? Apa yang
dilakukannya setiap hari selama hidupnya 54 tahun? Bagaimana beliau amat
dihormati dan dicontohi sehingga sekarang walau beliau tiada lagi 1200 tahun
yang lalu?
Nama sebenar Imam Asy-Shafi’i r.a. ialah Al-Imam
Abi Abdullah Muhammad bin Idris As-Shafei. Beliau dilahirkan pada tahun 150
hijrah di Gazah (daerah yang diduduki Israel sekarang). Beliau seorang
anak yatim hidup dalam kemiskinan bersama ibunya setelah ayahnya meninggal
dunia semasa beliau berumur dua tahun.
Kelebihan semasa kecilnya ialah sangat cerdik,
segera dapat hafalan apa yang ia dengar. Ketika umur 9 tahun, Imam Asy-Shafi’i
r.a. telahpun dapat menghafal al-Quran. Manakala beliau berumur 15 tahun,
beliau telah diizinkan oleh Mufti Mekah ketika itu iaitu Muslim bin Khalid
al-Zinji untuk mengeluarkan fatwa.
Imam Asy-Shafi’i r.a. wafat di Mesir dalam keadaan
syahid kerana ilmu pada akhir Rejab, hari Jumaat tahun 204H. Beliau syahid
disebabkan dipukul sehingga bengkak oleh Asyhab, seorang faqih Mazhab Maliki
ketika sama-sama berbahas. Beliau dipukul di dahi dengan anak kunci lalu jatuh
sakit beberapa hari lamanya sehingga meninggal dunia. Asyhab berdoa dalam
sujudnya, “Ya Allah matikanlah Syafi’i, kalau tidak hilanglah ilmu Malik.”
Menurut cerita yang masyhur pula, Imam Asy-Shafi’i r.a. dipukul oleh dua orang
pemuda Maghribi.
Apa yang dilakukannya setiap hari selama hidupnya
54 tahun? Bagaimana beliau amat dihormati dan dicontohi sehingga sekarang walau
beliau tiada lagi 1200 tahun yang lalu?
1. Masa
1. Masa
- Imam Al-ghazali r.a. berkata: “Imam Asy-Shafi’i r.a. membahagikan
malam dengan 3 bahagian:
~ Sepertiga untuk ilmu;
~ Sepertiga untuk ibadah; dan
~ Sepertiga untuk tidur."
~ Sepertiga untuk ibadah; dan
~ Sepertiga untuk tidur."
2. Al-Qur'an
- Ar-Rabi’ r.a.
berkata: “Imam Asy-Shafi’i r.a. mengkhatamkan Al-Qur’an 60 kali dalam
solat di bulan Ramadhan.”
- Al-Hasan
Al-Karabisi r.a.: “Aku bermalam bersama Imam Asy-Shafi’i r.a. bukan
satu malam. Ia melakukan solat hampir 1/3 malam. Tidak aku lihat dia
melebihkan dari 50 ayat. Sesakali ia baca lebih 100 ayat. Apabila ia
membaca Ayat Rahmat lalu berdoa kepada Allah Taala untuk dirinya sendiri
dan untuk sekalian muslimin dan mu’minin. Apabila ia membaca Ayat Azab
lalu memohonkan perlindungan dan kelepasan daripadanya untuk dirinya dan
untuk orang mu’minin. Seakan-akan ia mengumpulkan harapan dan bersama
dengan takut."
3. Makan
- Imam
Asy-Shafi’i r.a. berkata: ”Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun. Ini
kerana kekenyangan itu menyebabkan 5 perkara:
~ mengesatkan hati;
~ menghilangkan cerdik;
~ menarik tidur; dan
~ melemahkan untuk beribadah.”
anda bagaimana..., tidak kira mazhab apa pun anda, wajar kita ambil iktibar ulama besar islam sebagai kayu ukur pencapaian penghayatan beragama kita. moga ada manfaat.
BERSAMBUNG ..... keluaran akan datang
Comments