KEHIDUPAN HARIAN IMAM ASY - SYAFI'I - siri 2



sambungan : Kehidupan Harian Imam Syafi'i

4.   Percakapan
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata: ”Tidak pernah aku bersumpah dengan nama Allah, baik dalam hal yang benar apa lagi bohong.”
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. pernah ditanya tentang satu masalah lalu ia diam. Kemudian ditanya lagi: ”Mengapa tuan tidak menjawab? Semuga Allah merahmati tuan.” Maka beliau menjawab: ”Aku berfikir sehingga aku mengetahui mana yang lebih baik pada diamku atau jawabku.”
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata:
    ~ ”Tidaklah sekali-kali aku bertukar fikiran dengan seseorang dengan
         seseorang dengan tujuan bahawa aku lebih suka ia salah.
    ~ Tidaklah sekali-kali aku berkata dengan seseorang selain aku menyukai
        supaya ia mendapat taufiq, kebenaran, pertolongan dan pimpinan dari
        Allah Taala serta pemeliharaanNya.
    ~ Tidaklah sekali-kali aku berbicara dengan seseorang selain perhatianku
        supaya kebenaran diterangkan Allah dengan lidahku atau lidahnya.
    ~ Tidaklah aku kemukakan kebenaran dan keterangan kepada seseorang,
        lalu diterimanya daripada aku, melainkan aku takut kepadanya dan aku
        percaya kasih sayangnya. Sebaliknya kalau orang menyombong diri
        dengan aku terhadap kebenaran dan menolak keterangan maka
        jatuhlah orang itu dari pandanganku dan aku menolak berhadapan
        dengan dia.”

5.   Pendengaran
  • Ahmad bin Yahya Al-Wazir berkata: ”Pada suatu hari keluarlah Imam Asy-Shafi’i r.a.  pergi ke kedai lampu dan kami ikuti beliau dari belakang. Tiba-tiba ada orang yang membodohkan beliau. Maka Imam Asy-Shafi’i r.a.  menoleh kepada kami dan berkata: ”Bersihkan pendengaranmu mendengar kata-kata keji seperti membersihkan lidahmu dari mengucapkannya. Sesungguhnya yang mendengar sama dengan yang berkata. Orang yang lemah fikiran, melihat kepada barang yang sangat buruk di dalam wadahnya. Maka ia berusaha menuangkannya ke dalam wadahmu. Kalau ditolak perkataan orang yang lemah fikiran itu, maka akan berbahagialah yang menolaknya, sebagaimana akan celakalah yang mengatakannya.”

6.   Kekayaan harta dan Kemurahan hati
  • Al-Hamidi r.a. berkata: ” Imam Asy-Shafi’i r.a. pergi ke Yaman bersama beberapa orang pembesar negeri. Lalu ia berangkat ke Mekah dengan membawa wang 10 ribu Dirham. Di luar kota Mekah, beliau telah membina tempat tinggalnya. Ramai yang datang melawat beliau. Beliau terus tinggal di situ sehinggalah habis wang dibahagi-bahagikannya.”
  • Pada suatu masa, Imam Asy-Shafi’i r.a.  keluar dari bilik mandi awam, lalu diberikannya wang yang banyak kepada penjaga bilik mandi tersebut. Pada suatu ketika tongkatnya jatuh dari tangannya lalu diserahkan tongkatnya oleh seorang hamba Allah. Sebagai tanda terima kasih beliau kepada orang tersebut, Imam Asy-Shafi’i r.a. telah memberikannya wang 50 dinar.

7.   Ilmu
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata: ”Seorang ahli falsafah menulis surat kepada seorang ahli falsafah lain. Di antara isi suratnya: ”Engkau telah mendapat ilmu. Maka janganlah engkau kotorkan ilmumu itu dengan kegelapan dosa. Nanti engkau akan tinggal dalam kegelapan pada hari ahli ilmu bekerja dengan cahaya ilmunya.” 
  • Ditanya kepada Imam Asy-Shafi’i r.a.: ”Bilakah seorang itu dipandang alim? Ia menjawab: ”Apabila ia yakin pada sesuatu ilmu lalu diajarinya ilmu itu. Kemudian ia menempuh ilmu-ilmu yang lain, maka dilihatnya, mana yang belum diperolehinya. Ketika itu, barulah ia seorang alim.”
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata: ”Aku ingin manusia mengambil manfaat dari ilmu ini dan ilmu-ilmu lain yang ada padaku meskipun sedikit.”
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata: ”Adalah cita-citaku pada 2 perkara:
    ~ Memanah; dan
    ~ Ilmu.”
  • Imam Ahmad berkata: “Imam Asy-Shafi’i r.a. adalah orang yang paling alim berhubung dengan kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Tiada siapa pun yang memegang di tangannya tinta dan pena, melainkan terhutang kepada Imam Asy-Shafi’i r.a..”
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata: “Menuntut ilmu lebih afdhal dari sembahyang sunat.”
kita bagaimana pula... jauh lagi nampaknya.... moga ada manfaatnya

Comments

Popular posts from this blog

80% PELAJAR TAMAT TAHFIZ TIADA SPM? BETUL KE