Tuesday, March 26, 2013

PERGINYA SEORANG TOKOH ILMUAN : AL FATIHAH



KUALA LUMPUR 26 Mac - Tokoh Maal Hijrah 2005 yang juga pakar dalam bidang pemikiran Islam, Dr. Uthman El-Muhammady meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 malam tadi di kediamannya di Persiaran Duta di sini.

Menurut anaknya, Ahmad El-Muhammady, 35, bapanya meninggal dunia disebabkan penyakit jantung yang dihidapi sejak hampir setahun lalu.

Beliau berkata, bapanya sedang membaca di bilik bacaan sebelum ibunya menyedari Allahyarham tidak menunjukkan tindak balas ketika sedang berehat.

Allahyarham meninggalkan balu, Mariam Hussein, 65, serta 12 anak berusia antara 20 hingga 40-an.

Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dan dijangka dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam UIA hari ini. - UTUSAN

Saya agak lama tidak menghadiri program ilmiyyah beliau secara live, kali terakhior semasa program di Johor dan saya memandu beliau dari airport ke JB.. al Fatihah. moga anak anak muda sekarang segigih beliau dalam menuntut ilmu dan mengembangkannya.

No comments: