SABARNYA DIA.....


KISAH KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
Ketinggian Kesabarannya

Kisah Satu
1.Sesungguhnya seorang anak lelaki Umar Abdul Aziz dengan isterinya Fatimah, suatu hari keluar bermain-main dengan kawan-kawannya. Tiba-tiba salah seorang dari mereka telah melukakan kepala anak Umar. Mereka yang melihat kejadian tersebut telah membawa anak Umar bersama-sama budak lelaki yang mencederakan kepalanya ke rumah Umar.

Berkebetulan pada masa itu, hanya Fatimah sahaja yang berada di rumah. Umar yang berada di rumah yang satu lagi bergegas pulang setelah mendengar bunyi riuh rendah di rumahnya.

Fatimah datang mendapatkan Umar bersama-sama anak lelakinya dan budak tersebut sambil berkata: “Lihatlah keadaan anak kita dan yang mencederakannya ini seorang anak yatim.”

 Umar bertanya: “Apakah dia diberi apa-apa bantuan untuk saraan hidupnya.” Jawab Fatimah: “Setahu saya, tidak.” Kata Umar: “Masukkan namanya dalam kalangan anak-anak yatim yang layak menerima bantuan.” Kata Fatimah: “Semoga Allah merahmati budak ini dan memeliharanya.”

Kisah Dua
2. Pada satu malam, Umar telah keluar bersama-sama dengan pengawalnya dan mereka telah masuk ke dalam sebuah masjid. Dalam kegelapan malam tersebut, tanpa disedari beliau telah terpijak seorang lelaki yang sedang tidur di dalam masjid tersebut semasa melintasinya. Lelaki tersebut mengangkat kepalanya dan berkata: “Gilakah engkau.” Jawab Umar: “Tidak”. Dalam masa yang sama, pengawalnya tadi meluru ke arah lelaki tersebut untuk memukulnya. Kata Umar: “Berhenti! Dia hanya menanyakan adakah aku ini gila?” Lalu jawabku: “Tidak”

Kisah Tiga
3. Ali bin Zaid meriwayatkan: “ Suatu ketika seorang lelaki telah mencaci Umar Abdul Aziz dengan kata-katanya. Lalu Umar pun berkata kepadanya: “Adakah engkau inginkan supaya syaitan mempengaruhi diriku dengan keagungan jawatanku, sehingga kelak aku akan melontarkan pelbagai cacian dan penghinaan terhadapmu ekoran daripada tindakanmu itu.” Tidak lama kemudian Umar pun memaafkannya.



KALAU KITALAH.. macamana sabar kita agaknya, sabar mudah dibayangkan tapi belum tentu dalam amalan. selamat bersabar

Comments

Popular posts from this blog

80% PELAJAR TAMAT TAHFIZ TIADA SPM? BETUL KE