CORETAN TELADAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
Pelantikan Khalifah
Pernah dia menangis apabila sebaik sahaja diangkat sebagai khalifah hingga ditegur oleh isterinya. Dalam jawapannya Umar menegaskan:
Pernah dia menangis apabila sebaik sahaja diangkat sebagai khalifah hingga ditegur oleh isterinya. Dalam jawapannya Umar menegaskan:
“Aku telah diangkat untuk mengurusi kepentingan umat
Muhammad, maka terfikirlah olehku nasib orang-orang miskin yang kelaparan,
orang sakit yang tersia-sia, orang bawahan yang berpakaian compang-camping,
orang-orang yang tertindas dan teraniaya, orang-orang asing dan tawanan perang
dan orang tua yang tidak kuat lagi bekerja. Dan aku tahu bahawa Tuhan akan
menyoalku tentang mereka itu semua, maka aku khuatir kalau-kalau aku tidak
dapat menjawab. Itulah sebabnya kau menangis.”
Khutbah Nasihat
Pada suatu hari beliau berkhutbah, antara isinya adalah seperti berikut ;
“Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi
bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat.
Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah.”
“Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi
keras dan musuh sempat menggoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup
pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak
akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian
ditengah-tengahnya”
“Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai
orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain
kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari
tragedi hari qiamat.”
“Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah
luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira?
Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan
amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan
jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan
siapa yang miskin”.
“Di sana
nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab
yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan
hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh
bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di
antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya.”
“Ada seorang lelaki yang
mengirim surat
kepada rakannya yang isinya : “Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi
dan akhirat barulah terjaga” Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi,
kita sekarang sedang bermimpi yang panjang”
BAGAIMANA PEMIMPIN KITA HARI INI. ALANG MALUNYA KITA JIKA ADA ORANG BERTANYA, RUPA INIKAH PEMIMPIN KAMU, dengan menyatakan segala gelaja kebobrokkannya..
BAGAIMANA PEMIMPIN KITA HARI INI. ALANG MALUNYA KITA JIKA ADA ORANG BERTANYA, RUPA INIKAH PEMIMPIN KAMU, dengan menyatakan segala gelaja kebobrokkannya..
Comments