KEHIDUPAN HARIAN IMAM AYS SYAFI' siri 3

sambungan....

8.   Keteguhan hati
  • Imam Al-Ghazali r.a. berkata: ”Abdul Kadir bin Abdul Aziz adalah seorang soleh yang wara’. Beliau pernah bertanya kepada Imam Asy-Shafi’i r.a.: ”Manakah yang lebih utama: Sabar atau diuji atau diberi keteguhan hati?” Jawab Imam Asy-Shafi’i r.a.: ”Diberi keteguhan hati adalah darjat nabi-nabi. Ada keteguhan hati sesudah diuji. Apabila diuji maka bersabar. Apabila sudah bersabar maka teguhlah hati. Tidakkah kau lihat, bahawa Allah Taala,
    ~ menguji Nabi Ibrahim a.s. lalu Ia memberikan ketetapan hati.
    ~ menguji Nabi Musa a.s. kemudian Ia memberikannya ketetapan hati.
    ~ menguji Nabi Ayub a.s. kemudian Ia memberikannya ketetapan hati.
    ~ menguji NabiSulaiman a.s. kemudian ia memberikannya ketetapan hati
       dan menganugerahinya kerajaan.
       Maka ketetapan hati itu adalah darjat yang paling utama.”


9.   Amalan
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata: ”Apabila engkau takuti timbul ujub (bangga diri) pada amalanmu, maka pandanglah kepada rela Tuhan yang engkau cari, pada pahala yang engkau gemari, pada seksa maupun yang engkau takuti, pada sihat yang engkau syukuri dan pada bala yang engkau ingati. Apabila engkau renungkan salah satu dari perkara-perkara tadi maka kecillah rasanya pada matamu amalanmu itu.”

10.   Kehormatan dan kerendahan dirixi
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata kepada anaknya: “Kalau aku tahu bahawa air itu mengurangkan kehormatan diriku, nescaya aku tidak meminumnya. Bagi kehormatan diri itu mempunyai 4 sendi:
    ~ Bagus tingkah laku;
    ~ Pemurah;
    ~ Merendahkan diri; dan
    ~ Beribadah.
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. pernah ditanya: ”Apakah yang merendahkan diri seseorang?” Beliau menjawab,
    ~ Banyak bicara;
    ~ Menyiarkan rahsia; dan
    ~ Percaya kepada setiap orang.

11.   Keikhlasan
  • Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata: ”Keinginanku, bahawa semua makhluk itu memahami kitab-kitabku dan tidak mereka sebutkan sehurufpun daripadanya kepadaku.”

12.   Persaudaran
  • Yunus al-Sadafi pernah berkata: “Tidak pernah aku melihat orang yang lebih berakal (bijak) dari Imam Asy-Shafi’i r.a. Pada suatu hari, aku berbahas dengannya tentang satu masalah, kemudian kami pun berpisah. Bila kami bertemu semula, dia memegang tangan saya, kemudian berkata: “Wahai Abu Musa, tidakkah kita ini masih bersaudara walaupun kita tidak sependapat dalam sesuatu masalah.”

13.   Akhlak mulia
  • Tash Kubra Zadah berkata:”Ulama’ daripada kalangan ahli fiqh, usul, Hadith, bahasa, tatabahasa dan lain-lain telah sepakat tentang amanah, adil, zahid, warak, taqwa, pemurah, elok tingkah laku dan tinggi budipekerti yang wujud dalam diri Imam Asy-Shafi’i r.a.. Biarpun banyak pujian yang diberikan, namun ia tetap tidak memadai.”xiv

13.   Pengiktirafan
  • Abu Thur r.a. berkata: ”Tidak pernah aku dan orang-orang lain melihat seperti Imam Asy-Shafi’i r.a.”
  • Imam Ahmad bin Hanbal r.a. berkata: ”Tidak pernah aku melakukan solat selama 40 tahun, yang tidak aku berdoa kepada Imam Asy-Shafi’i r.a.” Lalu bertanya anaknya: ”Orang mana Imam As-Shafei r.a.  itu sampai ayah mendoa semua doa ini?” Jawab Imam Ahmad bin Hanbal: ”Wahai anakku! Imam Asy-Shafi’i r.a. itu adalah seumpama matahari bagi dunia. Dan kesihatan bagi manusia. Lihatlah, adakah bagi 2 perumpamaan tadi, orang yang dapat menggantikannya?"
  • Al-Imam Malik berkata: ”Belum pernah datang kepadaku seorang Quraisypun, yang lebih pandai dari pemuda ini.xvi Maka sudah selayaknyalah ia digelarkan ”alim Quraisy” yang memenuhi segala pelosok bumi dengan ilmunya. Nabi s.a.w. pernah bersabda: ”Ya Allah! Tunjukilah orang Quraisy! Sesungguhnya ”Orang alimnya” itu memenuhi segala pelosok bumi dengan ilmunya. Para ulama Hadis menyatakan bahawa orang alim Quraisy itu ialah Imam Asy-Shafi’i r.a..”


Comments

Popular posts from this blog

80% PELAJAR TAMAT TAHFIZ TIADA SPM? BETUL KE