KEMAJUAN DAN KESEJAHTERAAN ZAMAN UMAIYYAH
Kemajuan dan Kesejahteraan Kerajaan Umaiyah
Dalam tempoh 2 tahun 5 bulan, kerajaan Umaiyyah semakin kuat, maju dan sejahtera di bawah pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
Dalam tempoh 2 tahun 5 bulan, kerajaan Umaiyyah semakin kuat, maju dan sejahtera di bawah pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
1.Tiada
pemberontakan dalaman
2.Kurang berlaku penyelewengan
3.Rakyat mendapat layanan yang sewajarnya
4.Rakyat menjadi kaya-raya
5.Baitulmal penuh dengan harta zakat
6.Tiada rakyat yang mahu menerima zakat
7.Rakyat berdikari sendiri.
2.Kurang berlaku penyelewengan
3.Rakyat mendapat layanan yang sewajarnya
4.Rakyat menjadi kaya-raya
5.Baitulmal penuh dengan harta zakat
6.Tiada rakyat yang mahu menerima zakat
7.Rakyat berdikari sendiri.
Kemuncak
kejayaannya ialah kegigihannya untuk membasmi kemiskinan rakyat yang telah mencapai
hasil yang gilang gemilang. Hakikat ini pernah diakui oleh Yahya bin Said
dengan katanya:
“Umar telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk
membahagi-bahagikan zakat penduduk di sana .
Maka aku pun laksanakanlah perintah itu. Lalu aku carilah fakir-fakir miskin
untuk kuberikan zakat kepada mereka. Tetapi tiada seorangpun orang-orang
yang mahu menerimanya. Umar betul-betul telah menjadikan rakyatnya kaya.
Akhirnya, aku beli dengan zakat itu beberapa orang hamba sahaya yang kemudian
aku bebaskan. Sungguh besar perhatiannya terhadap golongan miskin, sehingga
apabila diminta sejumlah biaya yang besar untuk memperindahkan masjid,
dijawabnya: “Aku lebih suka membiayakan wang itu untuk membantu fakir miskin
yang sedang kelaparan daripada membiayakannya untuk memperindahkan
dinding-dinding dan perabot-perabot itu.”
Semua
ini adalah jasa Khalifah Umar Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak
yang wajar menjadi contoh kepada pengurusan zaman moden ini. Hanya 852 hari dapat mengubah sistem pengurusan ke arah pengurusan yang diredhai Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman. Satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang-orang yang benar-benar adil, warak dan zuhud. Mungkin kita akan kaji 3 sifat ini dalam pengurusan moden masa kini.
Beliau meninggal dunia pada tahun 101 Hijrah ketika berumur 39 tahun.
biar memerintah sekejap tetapi memberi makna, daripada memerintah lama tapi tidak berbuat apa apa selaIn mengekalkan kuasa
Comments