PENGURUSAN ZAMAN UMAR ABDUL AZIZ



Perubahan Pengurusan

Umar Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah pada hari Jumaat selepas solat Jumaat. Hari itu juga setelah solat asar, rakyat dapat merasai perubahan kebajikan khalifah baru ini.

Setelah mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perubahan pengurusan dan pentadbiran kerajaan yang mementingkan misi memajukan rohani dan jasmani rakyat.

Perubahan pengurusan itu antaranya;
  
Keadilan
  • Keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna.

Harta Rakyat
  • Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum.

Harta Keluarga
  • Menyerahkan kembali harta benda atau tanah yang diwarisinya dan tidak membenarkan sesiapapun melayani dirinya kerana dia sendiri akan menguruskannya. Isterinya, Fatimah diminta agar memilih antara hidup sederhana atau perhiasan-perhiasan yang serba mewah tetapi ternyata isterinya juga turut bersamanya.
  • Merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal.

Dakwah
  • Menghentikan usaha-usaha penaklukan  sebaliknya memperhebatkan gerakan dakwah dan usaha ini mencapai kejayaan besar. Raja-raja Sind telah memeluk Islam dan diikuti oleh rakyatnya. Usaha dakwah ini telah menjangkau ke kawasan Palembang dengan suatu rombongan orang-orang Arab yang terdiri dari 35 buah kapal berlepas dari Ceylon menuju Palembang pada tahun 717. Hasilnya, Raja Sriwijaya iaitu Srindravarman telah memeluk Islam setelah wujud hubungan dua hala antara Umar Abdul Azizi dan Raja ini.
  • Menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam.

Penyusunan Organisasi
  • Menyusun semula organisasi pentadbirannya dengan memecat pegawai-pegawai yang curang dan zalim seperti Yazid bin Abu Muslim (Gabenor Afrika Utara), Muhammad bin Yusuf (Gabenor Yaman), Yazid bin Muhallah (Gabenor Iraq) dan Harris bin Abdul Rahman (Gabenor Andalusia), Usamah bin Zaid At-Tanukhi (Amil Zakat Mesir).
  • Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah.

Pengawal Peribadi
  • Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Kadi
  • Meletakkan kedudukan kadi-kadi pada taraf yang terhormat dengan pemberian kuasa-kuasa yang lebih luas antaranya tokoh kadi yang terkemuka Hassan al-Basri di Basrah, Amir al-Syaabi di Kufah dan Abu Bakar Abdul Rahman di Madinah.

Al-Qur’an
  • Menghidupkan ajaran al-Qur’an dan As-Sunnah seperti zaman moyangnya, Umar Al-Khattab, dalam rangka mengembalikan kemuliaan agama dalam pelbagai aspek kehidupan dan menggunakannya untuk mewarnai kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Ulama’
  • Mengadakan kerjasama, dialog dan meminta fatwa daripada para ulama besar pada zamannya seperti Hassan Al-Basri (ahli Hadis dan Fikah) dan Sulaiman bin Umar.

Politik
  • Menerapkan prinsip politik yang menjunjung tinggi kebenaran dan keadilan yang lebih utama daripada segala-galanya. Untuk ini, beliau mengirim utusa-utusan ke beberapa negeri untuk melihat langsung cara kerja para gabenor. Bila ia menemui amil dan gabenor yan tidak taat menjalankan agamanya dan bertindak zalim nkepada rakyat, maka dia terus memecatnya seperti memecat Yazid bin Abi Muslim (Gabenor Afrika Utara) dan Salih bin Abdur Rahman (Gabenor Iraq).

Penulisan dan Penterjemahan
  • Mendorong dan menggalakkan penulisan dan penyusunan ilmu-ilmu hadith, usul fiqh, fiqh, kalam, bahasa Arab dan kesusasteraannya serta terjemahan ilmu Falsafah Yunani ke dalam bahasa Arab yang akhirnya telah dibentang dalam bentuk tulisan.
  • Mengarahkan cendiakawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Cukai
  • Mengurangi beban cukai yang dipungut daripada kaum Nasrani dan mereka yang sudah memeluk Islam dihentikan pungutan jizyah. Bagi Umar Abdul Aziz, Allah mengutus Nabi adalah menjadi pemimpin dan penunjuk jalan, bukan untuk memungut cukai. Maka tidak hairanlah jika dengan dasar seperti ini ramai yang tertarik untuk memeluk Islam.

Pendapatan Negara
  • Meningkatkan hasil pendapatan negara. Selain zakat, sumber perbendaharaan negara (Baitul Mal) diperolehi dari cukai-cukai kharaj (tanah) yang telah diturunkan, harta pusaka tanpa warisny serta jizyah. Selain itu, cukai usyr sebanyak 1/10 daripada hasil pertanian. Kutipannya dilakukan dalam 3 cara:
   b.Secara Muhasabah iaitu mengikut keluasan tanah yang diusahakan dan 
      diperolehinya hasilnya;
   c. Secara Muqasamah iaitu kiraan membayar dengan hasil tanah yang
      diusahakan; dan
   d.Secara ittisam iaitu membayar cukai pajak tahunan. 
  • Segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pekeliling
  • Membuat aturan mengenai timbangan dan sukatan, membasmi cukai dan kerja paksa, memperbaiki tanah pertanian, pengairan, penggalian sumur-sumur, pembangunan jalan, menyediakan tempat penginapan bagi musafir dan menyantuni fakir-miskin.

Khutbah Jumaat Kedua
  • Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali bin Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran pembacaan firman Allah S.W.T yang bererti:
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan.  Dia memberi pengajaran kepadamu agar dapat kamu mengambil pelajaran” (QS. 16:90). 
Ayat ini sekarang selalu dibaca oleh khatib pada akhir khutbah kedua, setelah doa.

Gaji
  • Mengambil berat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Penghayatan Agama
  • Menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia.
  • Memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Mengumpul Hadis
  • Mengarahkan Muhammad bin Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Rasulullah SAW.

MOGA MOGA ALLAH KURNIAKAN PEMIMPIN SEHEBAT UMAR ABDUL AZIZ DI MALAYSIA, PALING TIDAK PUN 50% SEHEBAT UMAR ABDUL AZIZ

AMIN

Comments

Popular posts from this blog

80% PELAJAR TAMAT TAHFIZ TIADA SPM? BETUL KE