TERAS PENGURUSAN UMAR ABDUL AZIZ
Keluhuran Budi Teras
Pengurusan
Terdapat banyak riwayat dan athar (pandangan) para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :
Terdapat banyak riwayat dan athar (pandangan) para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :
1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa umar Al-Khatab telah berkata :
“Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang
menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan
keadilan”
2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata :
“Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam
selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat
Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu
adalah Gabenor Madinah”
3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata :
“Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam
mimpiku yang berbunyi : “Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik
menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang
adil”.” Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar bin Abdul Aziz menjadi
Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya”.
4) Qais bin Jabir berkata :
“Perbandingan Umar bin Abdul Aziz di sisi Bani
Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun”
5) Umar bin Asid telah berkata :
”Demi Allah, Umar bin Abdul Aziz tidak meninggal dunia
sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut
berkata kepada orang ramai :”Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu
mahu”. Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan
sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya”.
6) ‘Atha’ telah berkata :
“Umar bin Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha’ setiap
malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati
dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab
Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka.”
BUAT PILIHAN YANG BIJAK JANGAN KITA DIPIJAKNYA NANTI
Comments