Monday, May 27, 2013

TAUBAT



 
TAUBAT

1.  PENGERTIAN TAUBAT :
           Kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya

2.  HUKUM TAUBAT :
           Wajib dilakukan bagi mereka yang telah melakukan dosa

3.  SEBAB MANUSIA PERLU BERTAUBAT :
           Telah melakukan dosa kecil atau dosa besar 
           Supaya setiap amalan diterima oleh Allah dengan mudah 
           Supaya manusia tidak bongkak dengan kekuasaan dan keagungan Allah

4.  SEBAB ALLAH MENERIMA TAUBAT HAMBANYA 
Allah maha penyayang dengan mengampunkan dosa hambanya
Supaya hambanya bersih daripada dosa dan memperoleh balasan syurga d akhirat
Orang yang bertaubat akan berasa benci dengan dosa yang dilakukan
Supaya seseorang itu sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan

5.  SYARAT-SYARAT TAUBAT :
Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
Berhenti melakukan maksiat denga segera
Berazam tidak akan mengulangi lagi
Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain

6.   HIKMAH TAUBAT :
Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali kejalan Allah
Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat
Mendapat keampunan serta petunjuk Allah
Sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah

7.  SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MASA TAUBAT :
Bertaubat hanya jika sudah tua
Mempersendakan taubat dengan mengulangi taubat jika melakukan dosa yang sama pada masa yang lain
Melaksanakan taubat jika benar-benar sudah bersedia. 

 selalukan kita bertaubat sekurang istigfar 70 kali sehari semalam

No comments: