KENAPA ANAK ANAK DEGIL

saya di telefon orang seorang ibu yang meminta nasihat dan bantuan, katanya anak saya tak nak ke sekolah ust, dia asyik mengamuk sahaja, lagi sebun nak UPSR ni, buat perangai tak nak sekolah dan mengamuk sahaja?

ketika saya datang ke rumah pasangan muda ini, anaknya tidak mahu berjumpa saya dan menuduh ibubapanya pembohong dan tidak akan percaya ibubapanya sampai bila bila.!!!!
pelajar ini hanya bersalam dengan saya dan terus bermasam muka, selama dua hari saya hadir, saya hanya berbual dengan anak ini dengan glombang muzik alpha dalam keadaan dia tetap dengan games dan tidak hiraukan saya, saya terus bercakap dengan lembut dengan niat hanya nak samapi masej ke dalam minda saparuh sedarnya. ibubapa pelajar ini marah marah sebab tak layan saya dan bersikap kurang ajar,

rupanya setelah 2 hari saya simpulkan, ini hanya masalah komunikasi anak dan ibubapa, saya minta si ibu untuk dakap dan sebutkan betapa kasih dan sayangnya dia kepada anak ini setaip pagi. rupa rupanya setelah saya bercakap, si ibu terdiam dan menyatakan dia memang selalu marah marah anaknya paksa untuk belajar utk 5A dalam upsr, saya nampak anak ini sudah stress dna burn out. ini amat bahaya,

si ibu desak saya lakukan sesuatu kepada anaknya dan tak kisahlah apa pun asalkan dia ke sekolah. dan mahu belajar. saya katakan saya tiada hubungan dengan keluarga ini, puan suami isteri ada hubungan rapat dan kuat dengan anak anaknya. dakap anak tuan dan puan pagi pagi berikan aura kasih sayang, ucapkan perkara perkara yang positif sahaja, dalam masa 3 hari jika tiada perubahan jumpa saya kembali, tahu lah saya nak buat pada budak ini.

alhamdulillah,selang 2 hari, ibubpa tersebut sms anaknya mahu ke sekolah, mula berbual dan memberi ruang untuk berkomunikasi lagi


Comments

Popular posts from this blog

80% PELAJAR TAMAT TAHFIZ TIADA SPM? BETUL KE