AMALAN KUAT INGATAN

AMALAN MENGUATKAN INGATAN

Saidina Ali Bin Abi Tolib RA pada suatu hari telah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang kesukarannya untuk menghafal al-quran dengan baik. Lantaran itu, Rasulullah SAW mengajarnya agar melaksanakan solat sunat 4 rakaat dan membaca surah-surah tertentu pada setiap rakaat. Kemudian diikuti dengan doa meminta kepada Allah SWT agar membuka pintu hati bagi mempermudahkan hafazan. Rasulullah SAW menyatakan kepadanya dengan mafhumnya: Laksanakanlah ia sebanyak 3 kali, 5 kali, atau 7 kali pada setiap malam-malam jumaat secara berturut-turut, nescaya tidak akan tersilap barang sedikitpun (ketika menghafalnya).

Amalan ini dikenali juga dengan Solat Hifzi Quran. Imam Daruqutni ketika meriwayatkan hadith di atas menyatakan solat sunat hifzi quran lebih elok jika dilaksanakan pada sepertiga akhir malam jumaat.

Berikut adalah kaedah solat sunat hifzi quran seperti yang dinyatakan oleh Ali Al-Qari di dalam kitabnya, Mirqaat Al-mafatih Syarah Mishkaat Al-Masobih, bab At-Tatawu';

# Solat sunat empat rakaat dengan setiap rakaat selepas bacaan Al-fatihah membaca surah berikut:-
Rakaat pertama : Surah Yaasin
Rakaat kedua : Surah Ad-Dhukhan
Rakaat ketiga : Surah As-sajjadah
Rakaat keempat : Surah Al-Mulk
# Dilakukan dengan 4 rakaat serta 2 salam pada waktu malam.
# Boleh dilakukan secara berseorangan atau secara berjamaah.
# Selepas membaca tahyat akhir, mulakan doa dengan bertahmid memuji-muji Allah Taala, berselawat kepa Rasulullah SAW, mendoakan keampunan sekelian orang-orang mu'min seraya memohon doa seperti berikut;

اللَّهُمَّ ارحَمْنِي بِتَركِ الْمَعَاصىْ أَبَدًا مَّا أَبْقَيْتَنِيْ وَارحَمْنِيْ أَنْ أَتَكَلَّفَ مَالايُعْنِيْنِىْ وَارْزُقْنِيْ حُسْنَ النَّظَرِفِيْمَا يُرضِيْكَ عَنِّيْ

Ya Allah, Kasihanilah aku agar aku mampu meninggalkan maksiat selama mana kau hidupkan daku. Dan kasihanilah daku dari melakukan perkara yang tidak membawa erti kepadaku. Dan kurniakan daku rezeki agar aku mampu menilai dengan sebaik-baik penilaian pada apa yang Kau reda akannya keatasku.

اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ والأَرْضِ ذَالْجَلاَلِ وَالإكْرَاِم وَالْعِزَّةِ الَّتِي لاَتُرَامُ أَسْأَلُكَ يَااللهُ يَارَحْمَن بِجَلاَلِكَ وَنُورِوَجْهِكَ أَن تُلزمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كَمَا عَلَّمْتَنِى وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ عَلَى النَّحْوِ الَّذِي يُرْضيكَ عَنّي.

Ya Allah, wahai Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi, yang mempunyai keagungan dan kemulian, dan memiliki keizzahan yang tiada bandingan, aku memohon kepadaMu ya Allah, ya Rahman, dengan keagunganMu dan cahaya wajahMu agar aku Kau tetapkan hatiku menghafal kitab suciMu seperti yang Kau ajarkan, dan kurniakan aku rezeki agar aku dapat membacanya seperti mana yang Kau kehendaki dan Kau redai atasku.

اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ ذَالْجَلاَلِ والإكْرَامِ وَالْعِزَّةِ الَّتِى لاَ تُرَامُ أَسْأَلُكَ يَا اللهُ يَارَحْمَن بِجَلاَلِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَن تُنَوّرَبِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَن تَطْلُقَ بِهِ لِسَانِي وَأَن تَفَرّجَ بِهِ عَن قَلْبِي وَأَن تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَن تَسْتَعْمِلَ بِهِ بَدَنِي فَإِنَّهُ لاَ يُعِينَنِي عَلَى الْحَقِّ غَيْرَكَ وَلاَيُؤْتِينِيهِ إلا أَنتَ وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِيّ الْعَظِيمِ

Ya Allah, wahai Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi, yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, dan memiliki keizzahan yang tiada bandingan, aku memohon kepadaMu ya Allah, ya Rahman, dengan keagunganMu dan cahaya wajahMu agar Kau terangkan mataku dengan cahaya kitabMu, agar Kau lazimkan lidahku membacanya, agar Kau lepaskan segala kesukaran dari hatiku, agar Kau lapangkan dadaku, agar beramal seluruh jasadku dengannya, sesungguhnya tiada siapa yang dapat membantuku ke arah kebenaran kecuali Engkau, dan tiada siapa yang mampu mendatangkan kebenaran kecuali Engkau, dan tiada daya dan upaya kecuali dengan izinMu ya Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Catatan Ustaz Idris Abdullah Al Hafiz, UiTM

Comments

Popular posts from this blog

80% PELAJAR TAMAT TAHFIZ TIADA SPM? BETUL KE