PENGHAYATAN SAINS DALAM MUKJIZAT ISRA' MI'RAJ
Perjalanan
nabi ke masjidil aqsa dan langit ke tujuh amat pantas sekali. Dengan kata lain
nabi melakukan kosmik travel dengan kelajuan kosmik. Dalam peristiwa isra dan
miraj..perjalanan nabi Muhammad S.A.W. ke syurga,,atau jannah merupakan
perjalanan masa hadapan dan peristiwa nabi muhammad saw menjadi imam solat
kepada para nabi di masjid al aqsa merupakan perjalanan masa lalu.perjalanan
nabi naik ke langit langit satu..hingga langit tujuh di bawa oleh jibril as
perjalanan nabi ke langit adalah melalui almaarij seperti yang di
firmankan oleh Allah SWT dalam surah al maarij ayat 3 dan 4. Ayat
tiga...maksudnya..DARI ALLAH YANG MEMPUNYAI MAARIJ..Kalau diambil dari sudut
bahasa Arab.almaarij adalah tempat miraj. Miraj adalah perjalanan nabi ke
langit. Mungkinkah lalauan ini yang dilalui oleh nabi muhammad saw yang dibawa
oleh Jibril as. Yang jelas para malaikat dan al ruh,..seperti yang disebut
dalam ayat 4..AL MALAIKAT DAN RUH ..MIRAJ MELALUINYA DALAM SATU HARI YANG
KADARNYA LIMAPULUH RIBU TAHUN...
Oleh sebab nabi muhanmad saw dibawa oleh
malaikat jibril. Dan malaikat malaikat melalui almaarij ini..maka nabi miraaj
melalui almaarij ini. Kelajuan perjalanan nabi adalah 50 kali kelajuan cahaya.
Bagaimana pula kita boleh buat andaian kelajuan miraaj nabi muhamnad saw adalah
50 kali ganda kelajuan cahaya? Ayat nombor 5 surah assajadah menyebut DIA
MENGATUR URUSANNYA DARI LANGIT KE BUMI DAN URUSAN ITU NAIK SEMULA KEPADANYA
DALAM SATU HARI YANG KADARNYA SERIBU TAHUN IKUT UKURAN KAMU..pengiraan yang
dibuat berdasarkan ayat 5 surah assajadah menunjukkan kelajuan cahaya. Satu
hari kadarnya seribu tahun merupaksn kelajuan cahaya.
Apa jadi
kalau manusia begerak selaju cahaya atau lebih pantas dari cahaya. Fizik
mengatakan bahawa akan berlaku perubahan masa. Jam biologi berubah menjadi
perlahan.bila jam biologi menjadi perlahan..sistem biologi tubuh badan tidak
lagi berfungsi seperti biasa.dengan kelajuan melebihi kelajuan cahaya maka
seseorang boleh mengembara ke masa hadapan dan juga mengembara ke masa lalu.
Manusia sebenarnya mengetahui tentang alam ini
hanya sedikit sahaja. Paling banyak ahli sains hanya tahu 5 peratus sahaja
tentang alam ini. Selebihnya iaitu 95 peratus tidak diketahui manusia..benarlah
firman Allah KAMI TIDAK BERIKAN KAMU ILMU KECUALI SEDIKIT SAHAJA..
Comments