MENCARI PEMIMPIN BERAKAL DAN MAMPU BAWA PERUBAHAN TERBAIK
Mencari pemimpin berakal, mampu bawa perubahan terbaik Pandangan IKIM BARANGKALI ketika ini, perbincangan berkaitan tentang pemimpin dan kepimpinan merupakan satu perkara yang sukar dicerna oleh fikiran. Ini kerana kebanyakan orang sibuk memikirkan tentang rancangan percutian hujung tahun, persediaan persekolahan anak-anak, azam tahun baharu serta tidak kurang juga yang malas untuk berfikir apa-apa. Namun, dalam kesibukan hujung tahun ini, elok juga kita berehat sebentar daripada hal-hal peribadi dan mula memikirkan tentang pemimpin yang kita mahu untuk memimpin kita dan negara ini. Ibnu Khaldun pernah menyatakan bahawa tabiat rakyat pada hakikatnya merupakan bayangan kepada tabiat atau amalan hidup yang dimiliki oleh pemimpin mereka." Dengan kenyataan ini, pastinya kita mahukan pemimpin yang beriman, baik, amanah, bekerja keras, rajin dan bijak berfikir serta kreatif. Ini kerana, sifat-sifat mulia yang ada pada pemimpin tersebut pada akhirnya akan tergambar...