KEHIDUPAN HARIAN IMAM ASY - SYAFI'I - siri 2
sambungan : Kehidupan Harian Imam Syafi'i 4. Percakapan Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata: ”Tidak pernah aku bersumpah dengan nama Allah, baik dalam hal yang benar apa lagi bohong.” Imam Asy-Shafi’i r.a. pernah ditanya tentang satu masalah lalu ia diam. Kemudian ditanya lagi: ”Mengapa tuan tidak menjawab? Semuga Allah merahmati tuan.” Maka beliau menjawab: ”Aku berfikir sehingga aku mengetahui mana yang lebih baik pada diamku atau jawabku.” Imam Asy-Shafi’i r.a. berkata: ~ ”Tidaklah sekali-kali aku bertukar fikiran dengan seseorang dengan seseorang dengan tujuan bahawa aku lebih suka ia salah. ~ Tidaklah sekali-kali aku berkata dengan seseorang selain aku menyukai supaya ia mendapat taufiq, kebenaran, pertolongan dan pimpinan dari Allah Taala serta pemeliharaanNya. ...